aik...lg novel minah nie... bosan!!
hehehehe....bc jgk..xkre! =p
bab 3 (sambungan)
MALAM, mereka solat Magrib berjemaah. Satu yang Hana kagum bila di rumah, abahnya lebih senang jika mereka solat berjemaah. Itu yang diajar abah sejak dari kecil.
Hana sering ingat tentang firman Allah yang selalu abahnya bacakan.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al-Furqan: 74)
Kata abah, ahli rumah ibarat sebuah kapal yang dilempar jauh ditengah lautan, perlukan nakhoda untuk memandu arah pelayaran. Jika betul jalan yang dipimpin, sampailah ia ke tempat asalnya. Abah kaitkan pula dengan kisah Adam dan Hawa yang dilemparkan ke dunia. Bagi Hana panjang lebar manapun cerita dan nasihat abahnya, dia dan ibunya tidak pernah merasa bosan.
Usai solat Magrib, biasanya abahnya akan mengajar dia dan ibunya mengaji. Namun, semenjak dia tinggal di asrama, jarang sudah dia perdengarkan bacaan di depan abahnya. Walau pendidikan agama abah tidaklah setinggi mana, tetapi abah mampu menghafal hampir separuh surah-surah yang ada di dalam Kitab suci. Janji abah, dia ingin menghafal seluruh Kalam Tuhan itu untuk dibawa ke satu alam yang kekal kelak. Abah sentiasa berusaha mengingatinya. Di kebun juga terkadang tertangkap oleh Hana merdu suara abah mendendangkan hafalannya. Dalam solat juga, abah praktikkan hafalannya.
“Bacalah olehmu al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membaca dan mengamalkan isinya… Sesiapa yang membaca satu huruf kitabullah (al-Quran), maka baginya satu kebajikan. Sedangkan kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kalinya. Aku tidak mengatakan “Aliflammim” satu huruf, bahkan Alif satu, Lam satu dan Mim satu huruf.” Bersungguh abahnya menerangkan satu persatu maksud sabda Ralulullah s.a.w ketika mereka menanti waktu Isya’.
Tamu yang hadir langsung tidak mengganggu rutin harian mereka. Evan dibiarkan berehat di beranda untuk tempoh waktu dari senja berlabuh sehinggalah mereka selesai Isya’. Kemudian mereka akan makan malam bersama dan Abd Halim akan menghabiskan malam bersama Evan di beranda. Aroma kopi panas yang menjadi peneman setia mereka. Bercerita sambil bergelak ketawa. Langsung tidak pernah kering soalan-soalan yang rancak mintakan kepastian dan penjelasan.
Sebelum jam sebelas berdetik. Abd Halim akan menghantar Evan ke rumah Samad, pemuda bujang yang tinggal seorang tidak jauh dari rumahnya. Bukan jauh, malah berjalanpun hanya selangkah dua.Tetapi Abd Halim tetap berkeras ingin menghantar dengan motor buruknya.
“Samad, Pak Ngah nak tumpangkan Evan untuk seminggu dua di rumah kamu. Boleh? Makan dan minumnya kamu tak usahlah risau. Tak manis pula bermalam di rumah Pak Ngah. Lagipun Hana dah balik sejak tamat SPMnya.” Abd Halim yang membahasakan dirinya Pak Ngah kepada semua pemuda kampungnya menyusun kata.
“Boleh Pak Ngah, tapi saya jarang ada di rumah. Nanti saya bagi kunci rumah pada Evan” Jawap pemuda itu. Ikhlas. Tugasannya sebagai anggota tentera yang menjaga sempadan sering menghambatnya untuk tidak lekat di rumah.
SEPASANG mata setia menjadi pemerhati pada pergerakan yang teratur, tersusun bagai dilatih. Kusyuk mata yang jatuh pada kain bercorak masjid.
“Sejadah” perlahan disebutnya.
Masih segar dalam ingatannya penjelasan Iskandar Shah sahabat baiknya di universiti yang berasal dari Jakarta Indonesia itu tentang solat. Malah, dalam diam dia mampu menghafalnya.
“Solat ialah berhadap hati kepada Allah, secara yang mendatangkan takut padaNya dan menumbuhkan di dalam hati rasa keagungan kebesaranNya serta kesempurnaan kekuasaanNya. Ringkas tetapi padat penjelasan dari Iskandar Shah.
Leka dia memerhati.
Sebentar dia berasa ada kedamaian pada pemilik hati yang sedang menghadap TUHAN mereka. Menyebut “Allah Hu Akbar…” setiap kali menukar pergerakan. Apa maksudnya? Berbisik sendiri. Layar ingatan kembali pada pelajaran Islamic yang pernah diambilnya di universiti juga ceramah-ceramah Iskandar Shah yang pernah diikutinya.
“Diam seketika sebelum memulakan pergerakan itu niat. Setiap sesuatu perlu dimulai dengan niat kemudian beriringan dengan Takbiratul Ihram “Allah Hu Akbar”.
“Allah Maha Besar.” jika tidak salah ingatannya itulah maksud yang ditangkap dalam ceramah pendek tentang solat yang disampaikan Iskandar Shah.
“Berdiri betul, sambil bibir basah dengan bacaan al-Fatihah ibu al-Quran. Kemudian Ruku’ badan dibengkokkan dan telapak tangan diletakkan di atas lutut. Diikuti dengan I’tidal bangun dari Ruku’ dan tegak kembali. Beberapa saat kemudian, sujud sambil dipacakkan kedua ibu jari kaki. Duduk antara dua sujud sambil tubuh dibiarkan dalam Thuma’ninah iaitu tenang dalam solat. Pergerakan yang sama diulang-ulang kemudian duduk bagi membaca Tahiyat, membaca Tahiyat Akhir, membaca solawat ke atas nabi dan diakhiri dengan memberi salam.” Satu persatu rukun solat yang masih segar dalam ingatannya dizahirkan kembali sewaktu memerhati tiga susuk tubuh yang sedang kusyuk.
Dia akui, selama dia belajar tentang Islam di negaranya, ada kebenaran yang semakin kuat tentang agama yang satu itu. Cuma dia harus merasainya sendiri nikmat manisnya agama itu seperti yang selalu dibacanya dalam buku teks Islamic.
Dia pernah terbaca tentang Malaysia. Sebuah Negara Islam yang dikongsi bersama penduduk berbagai bangsa dan kaum. Hidup dalam harmoni dan aman damai. Sungguh, dulu dia pernah menghitung hari untuk sampai ke negara ini. Bila saja ada program pertukaran pelajar Scottland-Malaysia di universitinya, dia sedaya berusaha untuk menyertainya. Beribu-ribu pun wang ringgit yang terpaksa dilaburkan malah walau terpaksa motor BMW R90S kesayangan yang dihadiahkan ayahnya dijual, dia sanggup! asalkan dapat mencari kebenaran yang sukar digali di tempatnya sendiri.
Hidup sebagai anak seorang bussinesman yang punya harta bertimbun, tidak memberi makna apa-apa jika bahagia yang didamba tak mampu dikecap. Rumah besar milik ayahnya di Scottland terasa sunyi tanpa bahagia. Jauh berbeza rumah yang dihuninya kini. Walaupun beratapkan zink, beralaskan papan, ketenangan jua yang terpancar dari segenap pelusuk ruang rumah dan yang paling penting, itulah yang dicarinya selama ini.
Termenung di jendela, memandang jauh ke langit yang terbentang. Cantik! Terpandang pada taburan bintang yang menghiasi dada langit. Dalam hati, kagum dengan alam yang terbentang. Dia yakin! pasti ada satu kuasa yang mengawal alam ini. Selalu jiwanya memberontak mintakan kepastian.
Tertangkap olehnya suara lunak membaca ayat suci mereka. Mata dipejamkan rapat. Terasa ada ketenangan yang menyerap ke dalam seketul daging, Hati! Bertahun dia mencari rasa yang satu ini, dan kini dia sudah temui. Dihayatinya bacaan yang mendayu. Walau tidak faham sepatah kuman. Namun, bacaan itu mampu membawa diri ke suatu destinasi yang pasti. Terasa bagai direntap dari mimpi.
“Ya TUHANku…pimpinlah aku ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau beri rahmat, jalan yang Engkau redhai.” Mengulang kembali akhir doa yang selalu dibaca Iskandar Shah diakhir solatnya.
Jiwanya kini terisi. Tanpa disedari ada air jernih yang mengalir. Cepat disekanya. Bimbang ada mata yang terpandang. Lelaki seegonya mampu menangis. Betapa besarnya kuasaMu TUHAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment