jln aku dah aku pilih! tanggung sendiri risikony!
************
"kalau lah sejarah itu ada nokhtah, boleh delete, boleh start dgn yg baru...macam menulis novel...mungkin aku lah org yang paling bahagia."
*******
"makin jauh aku lari, bila ditoleh...makin jelas tapak yg aku tingggalkan"
*************
bab 4 (sambungan)
SELEPAS makan mereka kembali semula ke pejabat, menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh.
“Kak Husna, mana surau?” Soal Sara. Tersedar diri belum menunaikan amalan wajib untuk tengahari itu.
“Eh! Ris sini bentar.” Panggil Husna wanita muda yang berasal dari Kelantan itu bila terlihat Haris menukarkan kasut hitam berkilat miliknya kepada slipper Jepun.
“Ish! baru nak ke surau dah ada orang rindu…” Sempat berseloroh sebelum memalingkan muka ke arah Husna.
“Tak ada maknanya aku nak rindu ke mu Ris.” Membalas sambil mencebik.
“Ada apa akakku sayang…?” Haris ketawa.
“Hah macam itu lah adik akak…” Husna kembali tersenyum, terlupa sebentar pada tujuan asalnya.
“Ada apa panggil?”
“Eh! Ha..Tolong tunjukkan Sara kat mana surau… boleh?”
“Allright! Let’s go Sara.” Laung Haris sambil kaki dihayun menyusun langkah.
Mereka berjalan beriringan. Sesekali matanya dikerlingkan ke tubuh sasa lelaki disebelah. Tanpa disedari Sara terlanggar wanita dihadapannya.
“Aduh! You dah buta ya?! Sergah wanita tinggi lampai, bermata bundar yang berpakaian seksi.
“Er… maaf puan…saya tak sengaja.” Sara cuba berbahasa sambil tangannya sibuk menyusun kembali fail-fail wanita itu yang bertaburan di lantai.
“Puan!? How dare you…” Mendengus. Menyentap fail-fail di tangan Sara.
Matanya memandang tajam ke arah Sara. Dipandangnya dari atas hingga ke bawah. Sempat wanita itu memaling ke arah Haris.
“Hai… Ris, low taste betul you…” Tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.
“She is nice better than you, Puan Shery!” Laung Haris sambil ketawa, puas.
“Tu Syerina, anak Dato’ Rizman salah seorang pengarah besar syarikat ni.” Jelas Haris.
Sara hanya diam, masih terkejut disergah begitu. Namun, disudut hatinya, geram. Ingin saja dibalasnya. Berpelajaran tetapi bersikap kurang ajar begitu. Tetapi Sara sedar, dia tetap orang bawahan yang tidak punya kuasa.
Beberapa minit, mereka sampai di surau. Sara masih memikirkan tentang maksud Haris sebentar tadi. Mungkin Shery pernah punya hubungan dengannya. Hati Sara tertanya-tanya.
“Ahh!... biarlah hal orang, tak perlu aku nak masuk campur.” Sara mengusir pergi persoalan yang datang tanpa diundang.
“15 minute, I’ll be waiting for you here, okay dear?” Haris tersenyum dan berlalu.
Sara hanya sekadar mengangguk.
“Suka hati dia je kan, panggil aku dear.” Sara mengomel sendiri. Ada rasa tidak puas hati pada Haris.
SEPANJANG seharian di pejabat, Sara lebih banyak mendiamkan diri. Hanya sesekali dia tersenyum sendiri melihat gelagat teman-teman. Pamphlet dihadapannya sudah hampir semua diselak. Buku-buku yang bertimbun pula masih belum disentuhnya. Sara masih punya masa 2 minggu untuk menghabiskan semuanya. Jika dihabiskan cepat, sudah pasti dia akan kebosanan nanti.
Dikerlingnya Sara ketempat duduk Haris, Tidak bertuan. Sunyi pejabat yang dihuni hampir 20 orang staff. Terasa ada benarnya cerita Husna tentang Haris kepadanya sebentar tadi.
“Haris nampak je macam tu low profile, tapi anak Dato’. Sekarang, dia tengah buat part time degree dalam bidang guaman. Akak pun baru dapat tahu bila terbaca resume yang dia hantar pada Puan Hasnah. Sebelum ni, akak ingatkan dia anak orang biasa. Cara berpakaian, makan pun tak berkira. Dia langsung tak pernah sentuh pasal latar belakangnya. Nak jugak akak bertanya, tapi biarlah… Sekurang-kurangnya, dia tak berlagak macam anak-anak orang berada yang lain. Kalau dia tak ada kat tempat tu ha…alamat sunyilah pejabat kita. Hairan jugak, duit banyak tapi tak buat full time study. Susah payah cari duit pulak tu. Hurm…mungkin dia ada alasannya,kan…”
Panjang lebar cerita Husna. Timbul rasa kagum dengan rakan sepejabatnya yang seorang itu. Berdikari walau punya keluarga yang kaya. Baru sehari, tetapi sudah banyak persoalan tentang latar kehidupan Haris bermain difikirannya. Malah, dalam diam Sara terpikat dengan keramahan Haris.
“Akak, Haris ke mana?” Sara bertanya pada Husna yang sedang tekun menaip.
Husna tersenyum.
“Dia ada appointment kot. Kenapa?”
“Oh…tak ada apa…” Sara membalas senyuman.
Sara mengerling jam tangan jenama Polo yang baru dihadiahkan Zana seminggu yang lepas. Jarum hampir menunjukkan pukul lima petang. Dari celah-celah langsir pejabat, dapat dilihat olehnya awan gelap yang menunggu masa untuk mencurahkan isi ke bumi. Dalam hati, dia berdoa semoga sempat sampai ke rumah memandangkan dia perlu berjalan agak jauh untuk ke stesen bas. Malah, bila tiba di kawasan taman perumahannya, dia perlu pula berjalan masuk ke dalam hampir 200m dari jalan besar. Kalau hujan turun mencurah-curah, sudah tentu sukar untuknya mendapatkan bas petang itu dan sudah pastilah bajunya akan basah disiram dek hujan nanti.
Syamimi sudah berkali-kali mempelawa untuk menghantar dan menjemputnya, tetapi dia tetap berkeras. Bagi Sara, selagi termampu dia tidak akan menyusahkan orang lain. Menumpang di rumah Syamimi pun dia terasa seperti memberi beban pada teman sekampungnya itu. Namun, dek kerana terpaksa Sara menebalkan juga mukanya. Janjinya, dalam masa terdekat dia akan berusaha mendapatkan rumah sewa yang murah serta dekat dengan tempat kerjanya.
“Sara, balik jom!” Husna bersuara.
“Okay, Sara mengangguk. Membalas senyuman sambil tangannya sibuk berkemas untuk pulang.
“Sara, balik dengan apa?” Soal Husna.
“Bas.” Sara membalas ringkas. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.
“Nak tumpang akak? Kebetulan kita lalu jalan yang sama. Bentar lagi Husband akak sampai. Jom!?”
“Eh…Tak apalah Kak Husna.” Sara senyum. Dia sengaja tidak mahu menggangu pasangan pengantin baru itu.
Kalau tak kerana ringan mulutnya untuk bertanya inai yang memenuhi jari tangan dan kaki wanita itu, sudah tentu dia ingat Husna masih anak dara. Mukanya yang langsung tak dimakan usia. Dan jika diletakkan dikalangan budak sekolah, sudah tentu tidak ada yang menyangka Husna wanita lewat 20-an.
Sara memandang sekeliling. Wati dan Nisa serta staff-staff yang lain masih tekun menghadap komputer. Sara menghitung saat untuk mengangkat kaki. Terasa segan pula, orang baru sepertinya pulang mendahului mereka. Cepat pula Husna melangkah pergi. Sara mengutuk diri kerana tidak beriringan dengan Husna sebentar tadi.
Dia memaksa diri untuk menunggu sehingga ada staff lain yang akan pulang. Tidak senang duduk dibuatnya, sekejap dipandangnya ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian, beralih pula pandangan ke bilik Puan Hasnah. Masih cerah, mungkin wanita itu masih banyak tugasan yang perlu disiapkan. Otaknya ligat memikirkan nasib yang bakal menimpa.
Hampir setengah jam, Sara menarik nafas lega. Wati dan Nisa pula berkemas untuk pulang.
“Akak saya balik dulu…” Sara memandang mereka, tersenyum sebelum berlalu.
Beberapa kali dikerlingnya jam tangan. Cuak. Rintik-rintik hujan mula turun. Dia perlu cepat.
Terasa kecut perutnya bila mengingati mimpinya malam tadi. Dia yang ketinggalan bas sewaktu pulang kerja terpaksa menunggu sehingga larut malam. Berseorangan di deretan kedai malah dirompak pula dengan kutu-kutu jalanan.
Kata orang, kadang-kadang mimpi boleh jadi kenyataan. Bagi orang yang baru masuk bandar sepertinya, sudah tentu takut tetap menguasai diri walau puas ditipunya diri sendiri hidup-hidup yang dia kuat dan mampu hidup sendiri. Pesanan Zana kembali mengusik jiwanya.
“Kau jangan berani sangat Sara. Di bandar tak sama dengan tempat kita sendiri. Sini bolehlah kau redah buta-buta. Tapi kat sana, ramai orang jahat! Jangan mudah percayakan orang.”
Terlihat kereta Iswara merah saga bergerak menghampirinya. Berhenti betul-betul didepannya kini.
“Sara, jom!? I hantarkan…” Laung Haris.
Sara membalas dengan anggukan. Ringan pula tangannya membuka pintu kereta. Sedikit lega. Menghayun langkah dan duduk di sebelah Haris. Walau baru beberapa jam kenal, tetapi entah kenapa ada rasa percaya pada lelaki disebelahnya itu. Terasa malu pula bila tersedar dirinya berkelakuan begitu.
“Ah! Asalkan aku selamat sampai.” Sara mengomel sendiri.
Baru 5 minit perjalanan, Hujan turun dengan lebatnya. Bimbang pula bila berdua dengan pemuda disebelahnya. Tambahan hari hujan begini, macam-macam boleh jadi. Sara cuba menyembunyikan rasa bimbang yang tiba-tiba bertandang. Memandang keluar sambil hatinya berzikir.
Haris memandang gadis disebelahnya. Dia menjangka pelawaannya tadi akan ditolak bulat-bulat. 'Jual mahal, perempuan memang expert.' Tersenyum sendiri.
Sesekali dikerlingnya ke wajah Sara. Ada kebimbangan yang terzahir diraut wajah gadis itu. Tidak ada tanda menunjukkan yang dia akan bersuara.
“You okay ke Sara?” Tegur Haris.
“Eh!...oh…saya dah makan. Thanks.” Balas Sara sebelum kembali berpaling memandang hujan yang semakin galak.
“Isk! Apahal pulak minah sorang ni.”
Sara seperti melayan perasaan sendiri. Tidak berminat untuk berbual. Mendiamkan diri. Otaknya melayang jauh ke kampung. Pesanan Zana sentiasa bermain difikirannya.
“Ke mana?” Soal Haris.
“Ke mana apa?”
“Ke mana nak pergi?”
“Pergi mana?”
Haris bingung dengan soalan Sara. Pelik. Haris ketawa kecil. Geli hati dengan gelagat gadis disebelahnya itu.
“Kenapa.” Giliran Sara pula menyoal.
“Kenapa apa?”
“Kenapa ketawa?”
“You tu lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. Cik Sara okay ke tak ni? Nak I hantarkan you ke klinik?”
“Eh…saya okay.” Mengangguk. Hairan. Apa yang lain pada jawapannya sebentar tadi.
“Hmm.. you tak takut ke?”
“Nak takut apa?” Sara mengerutkan dahinya.
“Tak takut ke I larikan ke, I rompak ke?” Haris ketawa sendiri.
“Untuk apa?” Sara menyoal kembali.
“Betul…Hairan. You tak kenal I tapi terima pelawaan I, you tak takut ke dengan orang yang tak kenal?”
“Dah kenal kan tadi? Haris, pemelihara…” Sara membalas ringkas.
“Hehe…ye la…Pakwe you tak marah ke keluar dengan lelaki lain?” Haris menduga.
“Saya belum ada teman lelaki. Teman Encik Haris tak marah ke saya tumpang?” Sara menyoal kembali. Rasa bersalah mula menguasai diri apabila Haris timbulkan persoalan itu.
“Ramai, yang mana satu? Teman lelaki ke teman wanita?” Haris cuba berseloroh.
Dia cuma ingin menghapuskan rasa bimbang di hati Sara. Malah, dia ingin wujudkan kemesraan di antara mereka. Untuk apa, dia sendiri pun tidak pasti. Pertama kali terpandang gadis itu, seperti ada keserasian di antara mereka. Dan yang dia pasti, keinginan yang membuak-buak untuk mendekati dan mengenali gadis itu.
“Hah! Encik Haris ada teman lelaki?” Bulat mata Sara memandang pemuda itu seperti ingin tahu.
“Well…I bukan macam yang you pikirkan tu… Teman tu kan kawan rapat, tak salah kan I ada ramai teman? Am I right Cik Sara?”
Sara mengangguk. Terasa sedikit lega bila hujan semakin reda. Mendengar Haris berceloteh, bertanya soalan demi soalan dan akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju.
“Encik Haris, rumah saya kat taman tu.” Sambil jari menuding ke arah kawasan perumahan di hadapan.
“Esok I jemput you?”
“Tak apalah, Encik Haris. Esok kawan saya yang hantarkan.” Sara tidak bermaksud untuk menipu, tetapi itu jawapan spontan yang terlintas difikirannya.
“Oh…Allright! I hantarkan you pulang?”
“Tak apalah, Encik Haris. Saya balik dengan kawan.”
“I jemput you lusa?” Haris menyoal lagi.
Sara menggeleng.
“Isk! Tak faham aku dengan mamat sorang ni, dah hantar sekali nak lagi…” Sara mengomel.
“Thanks, Encik Haris.” Sara senyum.
“Err…You… number phone? Please…”
Sara menoleh.
“Untuk apa?” Sara mengerutkan Dahi.
“I nak call you la…we are friend right?”
“04-716….”
Haris menaip nombor yang disebutkan Sara di dalam telefon bimbitnya. Save!
“Wow! Sekali dapat nombor rumah da…”Haris berpuas hati.
Memerhatikan Sara berlalu pergi. Terkejut apabila tiba-tiba Sara menoleh.
“Encik Haris! Itu number public phone depan rumah saya di kampung. Thanks sudi hantar.” Laung Sara.
Menekan kembali butang handphone mencari nombor sebentar tadi. Haris menampar dahinya sambil ketawa sendiri. Tak sedar pula nombor itu bukan untuk tempatnya. 04- sudah tentu di utara sana.
Haris masih tidak puas bersoal jawab dengan Sara. Seperti banyak yang ingin dia tahu tentang hidup gadis itu. Suram cahaya di wajahnya seperti terkandung seribu duka. Redup matanya seperti menyimpan derita. Naif benar Sara dipandangannya. Gadis itu jauh berbeza dengan wanita-wanita yang pernah dikenalinya. Berani tetapi penakut. Jauh di sudut hatinya, dia dapat rasakan Sara seorang yang periang cuma tekanan hidup yang merubahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment