Monday, August 24, 2009

novelku dtg lg...

"np nk tulih novel?"
"saya minat dgn penulisan, gaya ny bebas. sy bebas! sy sukakn kebebasan! yg penting sy menulis bila sy rs nak tulis...di dlm fantasi sy realitikn kisahny.sy kongsi cerita yg sy t'pk jln dan gayany...kdg2,sy terkongsi kisah sy,tp...sy dongengkn kisahny... sy bahagia bila menulis."

bab 4

Tahun 2008…
“Hari ni you all ada staff baru. Sila beri kerjasama. Ok?” Pn. Hasnah pengurus jabatan pelaburan bagi syarikat Setia Holdings memperkenalkan anak buah barunya pada pekerja-pekerja lain.
Wanita bergaya yang memimpin ucapan pagi mengakhiri briefing mereka dengan memperkenalkan gadis bertubuh kecil yang dibaluti dengan kurung riau biru laut.
Suria setiausaha peribadinya diarahkan untuk menerangkan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai pembantu tadbir di jabatannya.
“Saya Suria, panggil Kak Sue.” Bersopan wanita lewat 30-an memperkenalkan diri sambil menunjukkan tempat baru buatnya memulakan tugas. Suria tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
Suria berlalu, beberapa minit kemudian dia kembali bersama buku-buku yang digendong. Lima enam buah bilangannya.


“Bila kau dah mula kerja nanti. First and second week kau mesti bosan. Belambak-lampak buku yang kau kena hadap.”
Terkenang kembali kata-kata sahabat di kampung. Tersenyum mengingati wajah Zana yang terkejut bila disampaikan hasratnya untuk bekerja di bandar.
“Permohonan aku dah diterima. Lusa aku kena mendaftar. Aku apply pembantu tadbir. Gaji cukuplah untuk tampung hidup aku seorang. Tentang rumah sewa, pengangkutan janganlah kau risaukan. Aku tumpang rumah Kak Mimi anak Mak Ngah Siti” Terang Sara bertalu-talu. Dia yakin, Zana pasti marah. Dia langsung tidak pernah bercerita tentang niatnya untuk bekerja. Bukan dia hendak ketepikan Zana, tetapi Zana takkan faham...
“What!? How crazy you are…” Spontan mata Zana terbeliak. Tersedar bahasanya agak kasar. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.
Terkejut benar dengan nekat yang dibulatkan Sara.
“Habis macam mana tawaran kau ke UiTM tu?” Riak kesal dan kecewa tergaris di wajah Zana.
“Aku dah tangguhkan…Aku nak kerja dulu. Nanti bila dah ada duit lebih, InsyaAllah aku sambung.” Terang Sara.


“Zana…kau takkan faham…”
“Excuse, me..,awak kata apa tadi? Akak tak dengar…” Suria menyoal, manis membahasakan dirinya akak.
“Oh, tak ada apa…” Sara tersedar, kembali ke alam nyata.
“Ni ada buku-buku tentang syarikat. Juga ada beberapa pamphlet yang menerangkan tentang syarikat dan jabatan kita. Seminggu dua ni, Sara study dulu.Hurm..sebelum tu…jom! Akak kenalkan dengan staff-staff kat sini.” Ramah Suria wanita berkaca mata dipandangannya.
“Wati, setiausaha kedua Pn. Hasnah. Nice meeting you!”
“Nice meeting you too!” Balas Sara.
“Nisa, pegawai tadbir. Welcome, join us!”
“Thank you”
Seorang demi seorang Sara diperkenalkan kepada rakan-rakan sepejabatnya.
“Kak Sue! Tak nak kenalkan saya jugak? Alah akak ni… mentang-mentanglah saya tersorok jauh kat sini.” Haris bersuara.
“Ops sori Ris…Akak tak perasan kau ada. Tulah selalu sangat hilang. Bukan lekat kat tempat kau tu ha...” Suria sedikit membebel.
“Haris Syafi!” Laung pemuda berbadan sasa dan sedikit berisi.
“Eleh…dia tu pantang nampak awek cun sikit.” Wati menjuihkan bibirnya.
“Yalah…tapi dah bujang terlajak pun…tak laku-laku lagi. Awek keliling pinggang.” Suria mencelah.
“Bukan tak nak kawin kak, tapi belum ada yang berkenan di hati ni.” Balas Haris mempertahankan diri.
“Sara! kau jangan layan sangat mamat tu. Kadang-kadang ayat je berbunga-bunga, bermadah… tak bole blah!..” Nisa yang sejak dari tadi membisu tidak mahu ketinggalan.
“Kau jeles kat aku cakap je lah…” Ketawa Haris tak mahu mengalah pada teman-temannya.
“Jeles? Tak ada maknanya aku nak jeleskan kau tu… Aku nak offerkan member aku, kau tak nak. Jual mahal konon…” Nisa tidak puas hati dengan tawa Haris yang semakin galak.
“Ntahnya..jual mahal! Nak kata kacak…hurm bole lah sposen..”Sambung Wati.
“Sudah lah tu..jangan nak sakat-sakat dia, Merah dah muka…” Suria memandang teman-temannya sebelum berlalu ke bilik Puan Hasnah.
“Mana ada merah… Tak baik buat aku macam ni tau…” Haris mencebikkan muka seperti merajuk.
Wati dan Nisa ketawa serentak. Disambut pula dengan staff-staff yang lain. Terasa puas kemenangan di pihak mereka.
Bukan senang untuk menyakat Haris Syafi jauh sekali untuk berdebat dengannya. Akan ada saja jawapan yang dibidasnya. Kadang-kadang menyakitkan hati. Namun, mereka akui, tanpa pemuda itu, pejabat mereka pasti sunyi. Tidak akan adalah madah berbunga–bunga pada waktu pagi sebelum memulakan tugasan mereka. Tidak akan adalah orang yang selalu mengusik teman-teman yang lain. Tetapi sikap bertanggungjawabnya tetap mengenangi hati mereka. Tugasan yang diberikan pasti akan siap sebelum waktunya.
“Guys..is everything’s allright, ehem?” Teguran Puan Hasnah yang tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya mematikan tawa mereka.
“Oh…okay! Everything’s allright ma’am”. Haris mengangkat tabik hormat pada ketuanya.
“Haris buli lagi ya? Soal Puan Hasnah yang seakan faham benar dengan anak buahnya yang seorang itu.
Hasnah mengagumi Haris. Kerja yang diberikan kemas dan siap pada waktunya.
Jawatan yang dipegang Haris sebagai penolong di bahagian pelaburan bukanlah disebabkan ayahnya, Dato’ Fuad kenalannya di universiti dulu. Tetapi, perwatakan Haris serta kebolehannya berkomunikasi yang menarik minat Hasnah untuk mengambil pemuda itu sebagai staff di jabatannya sewaktu menjadi panel penemuduga dua bulan lalu. Dia lebih senang memilih berdasarkan kebolehan diri mereka. Barulah product yang akan dihasilkan berkualiti dan yang paling penting, dia tidak berat sebelah.
“Eh..Tak adalah Puan…Hari ni kami yang buli dia.” Wati menjawab selamba dengan tawanya yang masih bersisa.
“Sure? Hai Ris…ada orang baru hari ni, kamu dah kena buli ya…” Sakat Puan Hasnah disambut dengan derai tawa anak buahnya.
“Ris, masuk bilik saya sebentar.” Puan Hasnah memanggil.
“Hah! habislah kau Ris, kan dah nak kena buang kerja…Tulah banyak sangat buat bising.” Nisa masih tidak berpuas hati, selagi ada peluang ingin disakat sepuas-puasnya.
“Jangan risau Nisa…pekerja berhemah macam aku takkan pernah kena buang.” Haris memberi jaminan sambil ibu jari diangkat tanda bagus. Memuji diri sendiri sebelum berlalu ke bilik bosnya.
“Uwekk…perasan!” Wati dan Nisa membalas serentak.
Dari sudut tempatnya, Sara memerhatikan gelagat teman-teman yang baru sebentar dikenalinya. Juga kemesraan Puan Hasnah dengan anak-anak buahnya.
Sara menyelak pamphlet dihadapannya. Terpandang pada sajak yang tergantung disisi meja. Tekun dia memahaminya.

Kawan!
Kemarin pergi tidak menunggu
Semalam sudah pun berlalu
Hari baru kembali berlagu

Tangan kuhulur ingin bersatu
Tanda persahabatan yang satu
Jangan disimpan sang ragu

Hati ikhlas dariku
Salam dihulur ikhlas buatmu
-Haris-

Sajak dihadapannya dibaca berulang-ulang, Tertancap mata pada nama yang tertera diakhir sajak.
“Haris?” Perlahan disebutnya.
“Pemelihara.” Selamba Haris yang entah dari mana, muncul. Berhadapan dengannya kini.
“Pemelihara?” Soal Sara.
“Ya pemelihara…Haris maksudnya pemelihara.” Jawab Haris.
“Dia memang macam tu Sara. Semua staff dah dapat sajak-sajak cinta dan tu untuk kau.” Balas Husna, pembantu tadbir yang duduk bertentangan dengan mejanya.
“Yap! Thanks Husna…” Semakin melebar senyuman Haris.
“Akan ku petik bintang-bintang…”Haris mendepangkan tangannya.
“Ah!sudah…Dia dah mula dah…Jom Sara! Lunch…Tak kuasa aku nak tengok mamat jiwang sorang ni…” Husna pantas menarik tangan Sara. Sesekali dikerlingnya kearah Haris yang terhinjut-hinjut menahan tawanya.
Wati mengelengkan kepalanya melihat kerenah Haris. Sukar untuk dia percaya, bakal pemegang ijazah dalam bidang guaman tetapi bersikap tidak matang seperti Haris.
“Hah! Tunggulah aku! Kesian lah aku kumbang seekor ni…” Teriak Haris bila tersedar ditinggalkan teman-temannya.

No comments: