Tuesday, June 9, 2009

new school...(sambungn kisah dulu)

Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala
Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganang
Lautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan
Hanya yang kuinginkan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua
Lagu nih best! Febret aku..=p

Ehem ehem…
Ikuti sambungan kisah Ida n her memories…

2002…

Cuti ujung thn disambut dgn happy sekali, tahun dpn tahun bulan madu, yeay!! (melompat-lompat)..

Bapak nya sudah merancang…tahun dpn tukar skolah yer kamu, masuk skolah baru…sekolah abang-abang kamu…
hurm?

Pikir-pikir..apa nak letak ‘alasan’ utk tukar skolah? pasti kawan2 terkejut nnt, cikgu2 juga… Dan…SEBAB BERTUKAR SEKOLAH : mencari pengalaman baru di tempat baru.

Hantam sajalah, asalkan lepas…

2003…

Masih di sekolah yang sama…
Pertukaran skolah dirahsiakan drp pengetahuan kwn-kwn, sahabat juga langsung tak dibg notis. Wah! Teruk nak wat kejutan…

“Weh, sabtu turun, hias kelas! Okey?...” Arahan siapa ya?
“Baek bosh!”seperti biasa anak-anak buah yang mengikut kata, namun ada juga yg berani ingkar.
Dan Ida pasti akan turun! foto diambil sepuas-puasnya…”kenangan terakhir.” Sedih.

************

Surat penerimaan pertukaran sekolah sampai, lusa masuk sekolah baru…

“Eh twin, awat nak tukar sekolah?” Tegur pak cik kerani.
“Saja pak cik, nak tukar angin.” Sambil tersenyum.

Ida dan Azua digelar twin oleh pak cik kerani, pak guard dan cikgu bm mereka, mungkin disebabkan terlalu rapat. Tapi ada yang cakap, wajah mereka hampir sama tetapi Ida agak gelap berbanding Azua.
Ida, Azua dan Izzah digelar tiga serangkai oleh cikgu kh dan cikgu kaunseling. Sebabnya, mereka mcm belangkas.

Izzah sudah berpindah lebih setahun yang lalu, dan Ida pula akan menyusul…

Hari terakhir di sekolah…
“Ida! Awat hg tak habaq nak tukaq skolah?” Farah yang agak terkejut.
“Surat baru sampai...” Ida tersenyum bersalah.

Ida tahu, sudah pasti Azua yang sampaikan kabar itu buat teman-teman kelas.
Maaf sahabat, Maaf kawan2…Aku terpaksa pergi… Jaga diri baik2!!

Terima kasih cikgu-cikgu! TERIMA KASIH… MAAF utk segala keterlanjuran anak murid mu ini…HALALkan ILMU kalian…

*********

“Dup! dap!”Berdebar. Ida melangkah ke pajabat sekolah barunya. Tujuan: mendaftar dan masuk kelas baru.
Kebetulan, ada dua orang pelajar baru yang turut mendaftar. Umi dan Adah. Mereka bertiga ditempatkan di kelas yang sama.

Ida, Umi dan Adah diperkenalkan dengan teman-teman baru.

“Cousin Gee kan?” Seorang pompuan cantek menegur.
“A’ah, satu asrama ngan dia ea?” Ida menyoal.

Gee : Sepupu sebaya Ida yang tinggal di asrama sekolah yang sama, tetapi Ida pula sanggup berulang-alik rumah-sekolah, tak nak terikat dgn jadual katanya.

Caen: Abg Ida yang tuanya cuma setahun. Sekolah yang sama dan turut berulang-alik dengan motor. Dan… inilah tuan punya buku amali sains yang Ida copy waktu dulu-dulu tu...

Bella, Mukh, Irah : kawan sekolah rendah Ida yang turut bersekolah di situ.

**********

9 Mei 2003 : Pendaftaran lesen moto, belajar moto! Tekun demi sekeping kad yang menghalalkan Ida oleh JPJ utk bawak moto di jalanan. Pasni leh bawak moto sendiri ke sekolah…Dan… lebih kurang 3bln kemudian…
Dengan bangganya…Moto skuter yamaha kaler hijau pucuk pisang dilekatkan pas lulus masuk kwsn skolah… Ida tersenyum riang.

**********
Gigih belajar, walau tahun itu tahun bulan madu…
Peperiksaan akhir akan menjelang…

Dan...semuanya dijawab sehinggalah tiba hari terakhir exam…

Di rumah, Ida sibuk menghafal itu dan ini. Masa sudah tiba…bersiap untuk ke sekolah.
Skuter dicapainya.

“Lambatnya van ni.” Ida cuba memotong.

“Dam!!!” Skuter yang dipandu menghentam sisi van.

Ketika itu, Ida hanya nampak jalan raya menyeret mukanya yang tersembam ke tar jalan. Seperti terbang di atas jalan gayanya. Mujur topi keledar yang dipakai dilengkapi dengan cermin muka. Dan…tika itu bahagian hidung ke atas terselamat dari dimamah. Hanya bahagian dagu yang disagat. Bahagian lutut turut menjadi mangsa. Bahagian tengkuk ke pinggang jg terselamat disebabkan sweater yang agak tebal dipakai tika itu. Namun, kain sekolah yang dipakainya terkoyak di bahagian lutut.

Dan...mujur juga waktu itu tiada moto kereta yang lalu lalang walaupun tempat kejadian di depan pintu pagar sekolah. Sekolah lama yang ditinggalkan baru beberapa bulan.

Syukur TUHAN…

“Adik…adik ok tak?” Pemandu van tersebut yang juga terkejut cuba memimpin Ida yang terbaring di atas jalan.

Ida tergamam! Terkejut! Ida bangun mencapai motornya.

“Ok..ok kot…” Digagah juga mengangkat motonya yang turut terbaring di atas jalan.
“Eh…adik ambek no van pak cik, nanti kalau ada apa-apa cari pak cik.” Pak cik van yang juga panik cuba berbahasa, namun tak pula no telefonnya di offer. Hairan.

“Ok…ok…” Ida yang terkejut tidak dapat berfikir. Dia hanya ingin pulang ke rumah saat itu. Mujur…dan mujur lagi…moto masih berfungsi…walau bengkok dan calar sana sini.

Sesampai di rumah, Ayah Ida terkejut melihat anak perempuan tunggalnya.

“Tolong hantar skolah... sat tukar kain, excident tadi…” Ida meluru masuk ke dalam rumah. Di ironnya kain sekolah yang lain. Tergesa-gesa mencuci luka di dagu dan lutut.
Kebetulan, mak Ida bekerja shift pagi dan hanya ayahnya di rumah waktu itu.

“Tak yah p skolah lah.” Ayahnya bersuara.
“Tak boleh, hari ni last paper…rugi tak jawab.” Ida membalas, mungkin otaknya masih tidak dapat berfikir tika itu, dan hanya satu yang menari-nari di kepala. “Dah penat hafal, alang-alang…”

Ida ke sekolah…sampai lewat, pak guard tahan.

“Asal lewat?” Pak cik yang garang bersuara.
“Excident pak cik.” Ida menunjukkan dagunya yang ada kesan darah. Mujurlah dia masih waras dan tidak diselaknya kain untuk menunjukkan bukti yang kedua.

“Ar…” Pak guard yang ingin meneruskan kata-katanya tetapi dipotong oleh Ida. Pantas.
“Saya dah lewat pak cik, ada exam ni…” Dan Ida pun berlalu pergi tanpa langsung ada rasa bersalah.

Masuk kelas, terus menerpa cikgu di depan. Kertas soalan diambil dan terus duduk.
“Ya Allah, awat tangan aku terketar-ketar lak ni…tenang…tenang… Bismillah…” Ida cuba menenangkan diri sendiri tanpa menghiraukan mata-mata yang menumpu ke arah nya.

Luka Cuma di dagu…dan teman-teman pasti tidak perasan, hanya seorang dua yang menegur. Hari itu dilalui seperti biasa.

Petang, di rumah…
“Kita p check hospital.” Mak menegaskan.
Kata mak: orang excident, kalau ada kecederaan di dalam dan dalam masa sehari dua takkan rasa apa-apa sebab masih kebas lagi. Dan… ada la fakta-fakta tambahan yang dibebelkan oleh seorang jururawat terhadap pesakitnya.
Kata mak lagi: Suntikan jugak kena ambek, sebabnya jalan raya tu kotor.

Syukur sekali lagi dipanjatkan pada TUHAN… Ida sihat…

Dan…disebabkan kegigihan nak jawab jugak last ppr tu… sesunguhnya ALLAH Maha Adil…
Tahun berikutnya… Ida bertukar kelas… Kelas yang dikongsi bersama sepupunya Gee, Kelas yang dihuni oleh pelajar yang berlainan bangsa dan agama, pelajar yang berlainan taraf keluarga, pelajar yang sentiasa tak kenal putus-asa, pelajar yang sentiasa bersaing. Pelajar yang hebat! Gerun pula didengar…Jauh beza jika nak dibandingkan dengan dirinya…
Dua orang pelajar yang turut juga dipilih dari kelas Ida, Shawn dan Syah…

ALHAMDULILLAH… kerana diberi peluang ini...

**********

Sejak kejadian itu, Ida jadi fobia untuk bawak motor…
gerun jika tengok orang nek moto pakai helmet tanpa cermin muka.
Dan bertambah-tambah gerun jika ada yang bawak moto tak pakai helmet.
Akan dikutuknya sepuas-puas, tetapi…dalam hati jer…

**********

Seperti biasa, ayah Ida akan menghantarnya ke sekolah pada awal pagi, plaster luka yang masih bertampal di dagu menyapu kekuatan dirinya untuk menunggang atau membonceng motor.

Pagi tersebut agak lewat…

Terkocoh-kocoh Ida berjalan menuju ke kelas yang terletak agak jauh, Melalui asrama perempuan kemudian asrama lelaki, kanten dan bangunan kelas.

Dari jauh, Ida terlihat sekumpulan pelajar asrama lelaki yang berdiri bertentangan dengan asrama mereka yang sedang kusyuk menadah tangan mengaminkan doa. Dan temasuklah beberapa pengawas lelaki.

“Alamak, lewat giler aku nih…”Ida mengomel sendiri.

* Kelas akan didahului dengan nyanyian negaraku, lagu sekolah dan bacaan doa.

Beberapa minit lagi kelas pasti bermula. Ida mempercepatkan langkah sambil turut menadah tangan. Kemudian, mereka mengaminkan doa menyapu telapak tangan ke muka. Dan Ida turut mengaminkan doa menyapu telapak tangan ke muka. Baginya, mungkin speaker pagi itu slow dan sound tidak sampai ke tempat sejauh Ida berdiri.

Dia tidak mengendahkan pelajar-pelajar lelaki yang baru dilintasinya. Dari ekor mata, dapat dilihatnya ada yang senyum-senyum, ada yang tesengih-sengih…

Sesampainya di kelas. Hairan melihat teman-teman yang masih berdiri diluar.

* Pelajar-pelajar diwajibkan beratur di depan kelas untuk nyanyian negaraku, lagu sekolah dan bacaan doa.

“Lambat nya hg?” Ika menegur.
“Hehe...” Ida senyum. Lega, kelas masih belum bermula.
“Eh..Oh!..Awat tak masuk lagi?” Ida menyoal.
“Tak nyanyi pun lagi ni ha…” Selamba dijawab Ika.

“Hah!?” Ida terasa mukanya merah, malu plus marah!!

Mentang-mentang aku budak baru ya…kena buli siap!!

**********
Di suatu pagi yang tenang.

“Kelas ni ada tak yang nak masuk catur? Ada pemilihan untuk wakil sekolah.” Seorang cikgu menyoal di muka pintu.

“Tak ada ea? Ok lah gitu…” Cikgu tersebut berlalu.

Lebih kurang sepuluh minit. Tiba-tiba hati Ida terdetik. “Aku nak masuk!”
“Ika, patut ke aku masuk?” Ida bertanya pada teman di sebelah.
“P la daftar, cikgu tu tak jauh lagi tu.”
“Okeh, aku nak!” Yakin dengan keputusan, Ida keluar dari kelas yang kebetulan tiada cikgu.

“Cikgu! Cikgu!” Ida memanggil.
“Kamu nak mendaftar?”
“Ada kosong lagi tak? Saya nak lah cikgu.”

Dan…berbekalkan ilmu bermain catur yang dipelajarinya sewaktu form3 selepas PMR dari teman-teman kelas. Dan berbekalkan juga bakat yang tiba-tiba datang. Ida mendaftarkan diri untuk bertanding.

Fobia bwk moto dahpun hilang tika itu, hampir setiap petang Ida turun ke asrama perempuan untuk berlatih catur.

Usaha itu tangga kejayaan, dan…ALHAMDULILLAH…

*********
TO BE CONTINUED…=)

Sunday, June 7, 2009

Kisah dulu...

hehe...ini bukan novel yaa... juz memoir yg dikenang kembali..
novel tunggu nex2 post, okies..zasss~)

1998…

“Ida ada org usha hg! Hehe..” Tersenyum Yani menampakkan lesung pipitnya. Manis.
“Ish! Siapa pulak men usha usha aku tu?” Soal Ida sambil dahi dikerutkan. Pelik pula bila ada org yang menaruh minat padanya.
“Tu, dia usha hg pakai cermin belakang sharpener bulat dia…” Yani menjuihkan muncung ke arah budak lelaki di depan Ida.

Sharpener bulat yang belakang tu ada cermin dulu memang femes untuk budak-budak sekolah..Tambah-tambah budak pompuan, wat jd cermin belek-belek muka.
Huh!…darjah 5 dah pandai nak melawa. Budak laki lak, wat cermin pantulblk nak mengusha sang puteri pujaan hati..

Kenangan darjah 5 sekolah kebangsaan anak-anak angkatan tentera terimbau.

“Awat hg tak mau couple ngan dia?” Soal Azua ketika waktu rehat di depan perpustakaan di bawah pohon yg rendang nama apa ntah.
“Tak mau lah aku” Ringkas dijawab.

Dan saat tu, sampai la lebih kurang form 2 Ida sakitkan hati Adam… Ketika form 3 cinta untuk Ida yang dipendam Adam dari darjah 5 tinggal 20%. Tu pun Ida diberitahu Azua sahabat baik Ida yang agak rapat dengan Adam.

Buat kawan aku yang seorang tu, Maaf…betul aku mintak maaf… dan kalau pun aku terpaksa terima balik untuk diguris macam aku dah toreh hati kau satu waktu dulu, itu mmg patut…5thn memendam rasa…oh! Hati kau mmg kuat kawan… Sedang aku 5jam pun tak mampu. Sungguh aku memang kejam! Maaf lagi aku pohon… Semoga kau temui sang puteri yang paling layak… Terima kasih untuk rasa yang pernah kau simpan untuk aku, aku hargai…dan akanku kenang selamanya. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh untuk kita. Semoga dikau bahagia…

1999…

“Kotak ni kita simpan hajat or any secret yang korang nak simpan.” Jelas Azua bersungguh.
Selesai ketiga-tiga sahabat mencatit sesuatu di kertas. Mereka letakkan ke dalam kotak plastik keras dan kemudian di tanam di bawah pokok bunga kertas di tepi gelanggang bola jaring sekolah kebangsaan anak-anak angkatan tentera.
Janji mereka tiga tahun akan datang, mereka akan kembali untuk melihat hajat or rahsia masing-masing.

3 tahun berlalu…
“Weh, kita singgah kat sekolah nak? Ingat lagi tak kotak yang kita tanam kat situ?” Jari Ida menuding ke arah pokok bunga kertas berdekatan dengan pagar jalan belakang sekolah.
“A’ah kan..Aku pun dah tak ingat…” Jawab Azua.
Mereka hanya berdua tika itu. Sahabat yang seorang lagi, Izzah sudah hampir setahun berpindah ke Sabah mengikut ayahnya yang bertugas sebagai bomba TUDM.
“Tak jumpa pun? Ada orang dah buang kot…” Ida bersuara.
“Yela…dah tak ada ha..Ish! aku pun dah tak ingat apa yang aku tulis…”Azua mengeluh.
“Ha..aku pun dah tak ingat da..Haha..” Ida ketawa.
Dalam rasa kecewa mereka berjalan pulang.

Hehe…ingat lagi tak??
Cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar dah hapir 12tahun kita cipta kisah-kisah bersama…banyak dah kita kongsi…surat cinta waktu dulu-dulu pun masih aku simpan dalam kotak yang aku letak bawah katil kat kg. kenangan kita, biarlah kita bertiga yang simpan! Salam sayang ku kirim dari jauh…

2000…

“Jom! Lawat cikgu Idham kat hospital…” Tiba-tiba Izzah bersuara.
“hah? awat cikgu Am masuk hospital?” Soal Azua cemas.
“Dia excident, jatuh moto. Tapi tak lah teruk, Cuma kena tahan 2 3 hari kat ward.”
“Oh! Bole la kita p petang ni,nak? Tapi aku kena mintak izin mak aku dulu…” Ida mencelah.

Selesai melawat cikgu, mereka bertiga pun berlalu untuk pulang.
“Weh, p alor star jom? Azua tiba-tiba memecah sunyi.
“Tak bole la weh…Abah aku suh balik awal” Izzah membalas.
“A’ah aku pun…dah lewat ni, takut sampai malam pulak kang.” Ida menambah.

Disebabkan tidak mahu menghampakan sahabat yang seorang tu, Izzah dan Ida pun dalam berat hati bersetuju. Lagipun, nak turun bandar memang susah. Satunya, alasan untuk meyakinkan orang tua masing-masing yang mereka punya sebab yang kukuh untuk dapatkan belanja. Keduanya, naik bas yang sememangnya memakan masa.
Dan akhirnya….. masing-masing kena marah, sebab balik cecah pukul lapan malam! =p

**********
“Ida, kawan hg gaduh kt depan class tu…”

Terkocoh-kocoh mendapatkan sahabatnya. Pergaduhan cuba dileraikan.

Mat belalu pergi. “Zasss!” Dengan muka selamba dan bengis.

Tudung yang Ida pakai ditarik Mat dari belakang sehingga jatuh ke tengkuk menampakkan anak tudung putihnya.

“Kurang asam betul!” Ida membalas.

Dia yang cuba berbahasa ingin mengajar dibalas pula dengan kurang ajar mamat yang langsung tak reti bahasa.

dan…sejak dari itu, tiap kali bertembung dengan mamat tu, hati Ida membara ingin membalas dendam…

Ah! Biarlah…
Semoga dosanya terampun…

**********
“Izzah demam, dia tak masuk kelas.” Ira membawa kabar.

Akhir waktu kelas, sahabat berdua Ida dan Azua bergegas ke asrama perempuan yang terletak tidak jauh di belakang kelas.
“Assalammualaikum” Serentak mereka memberi salam sesampainya mereka di depan pintu bilik sakit asrama.
Tak ada jawapan. Lalu diulangnya salam. Tidak dijawab jugak. Mereka pun menghayun kaki masuk ke dalam bilik sakit tanpa dijemput.
“Izzah tgh tdo la…tengok badan pun panas ni haa..”Sambil tangan Ida sibuk merasa badan sahabat yang terbaring lesu bertentangan dengannya kini.
“Izzah bgn Za…Hg dah p klinik ke? Makan tak lagi?”Azua cemas.
“Weh..bila sampai? Aku ok la…” Izzah yang tersedar dari tidurnya menjawab. Lemah.
Buat sahabat aku, Tabahkanlah hati mengharungi hidup ini…Ujian demi ujian dikau tempuh dan aku yang saksikan gelora yang kadang membenam rasa tabah yang kau sendiri bina. Empangan air mata yang selalu tumpah ke bahu aku dulu masih lagi terasa basah. Keluarga yang pecah belah dah hidup yang terpaksa berpindah randah ditambah pula dengan tekanan-tekanan sekeliling yang terpaksa kau hadap menjadikan kau matang. Matang melebihi usia. Aku bangga punyai sahabat sekuat kamu!

2001…

“Mana kapur? Apa nih pemalas!” Tengking cikgu Nah.
Dalam hati dah mengutuk-ngutuk diri. “Ish! Mcm mana la aku leh tak ingat nak ambik kapur tadi.”

Kapur masih digunakan untuk dijadikan pena melakar ilmu di papan hijau.

Dan disebabkan sebatang kapur dan seketul pemadam papan hijau yang hilang ke mana ntah. Telinga menjadi habuan amarah-amarah cikgu yang tak pernah kering. Kata orang, cikgu yang seorang tu memang selalu bawa masalah peribadi ke kelas dengan jayanya. Malah ada juga yang kata, cikgu yang seorang itu sudah sampai masanya monopause dan itulah kesan-kesan sampingannya. Kata aku pula…Tak habis-habis aku pula yang jadi mangsa, tak aci betul!! Selalu kena perli, selalu kena marah…tapi aku jugak yg selalu kena puji! Hah! apa maknanya itu?
Tugas yang aku pegang penolong ketua kelas, tp tugas mengalahkan ketua kelas…
hish! Tak baek mengeluh pd tugas…itu salah sendiri!

Habis kelas, aku dah tak tahan!…belakang sahabat aku Azua jugak yang jd mangsa air mata yang kalut nak merembes keluar…sedih yang terkumpul…dari dulu untuk segala santapan-santapan hati setiap kali kelas bio. Emo pulak haritu…awat taktau..

“Sapa yang dapat markah paling tinggi tu?” Soal cikgu Nah di suatu kelas bio pada waktu lain.
“Ida cikgu!” Jawab seseorang yang sedang memegang kertas yang tertera nama itu.
“Wah! bagus 92%.” Cikgu Nah tersenyum kagum.

Dan…tuan empunya diri, tersenyum lebar sampai ketelinga..berbunga-bunga hati bukan sebab markah! Tapi tu la…marah aku lagi…

Soalan-soalan dalam makmal aku jugak yg jawab…Tersenyum sinis.
Bukan sinis dituju untuk cikgu Nah, tetapi sinis untuk diri sendiri… “Cit! Jawapan buku amali pun copy bagai…nak belagak pulak” Ha! Ha! Bukan nak meniru tp terdesak…tp, itu ilmu yg dicari jugak kan… Mujur usia abg yang jarak hanya setahun, dan kami punya buku amali sains yang sama walau berlainan sekolah …
Sungguh! Kalau tak kerana nama aku yang selalu dipanggil jawab untuk soalan-soalan amali dalam makmal, tak ingin aku bersusah payah mengopy di waktu tengahari b4 kayuh gerek p skola yang jarak 3km dari rumah.

***********
“Rajin sangat menyapu kat kelas org, kelas sindri bersepah-sepah!” Seperti selalu, seorang pelajar yang pasti akan kena perli.
“Cit! sapa punya tugas sapu sampah hari ni? Kurang asam betul! Aku jugak tak pasal-pasal…” Menyumpah-nyumpah dalam hati.
Terdiam, berlalu ke tempat di belakang sekali. Memang dari form1 dulu tempat duduk paling belakang dan tengah-tengah menjadi pilihan hati. Org nak berjaya berebut nak dapat tempat paling depan, tapi lain pulak ngan pompuan sorang nih…
“Hurm…klo tak kena blakon untuk kelas bm, tak ingin aku nak sapu kelas yang seinci habuk tu!” Membalas,tapi tetap di dalam hati. Cikgu tetap dihormati.

Kelas matematik dimulakan seperti biasa.

Dan…22 May 2002...pompuan yang tempatnya dibelakang sekali itu menerima anugerah pelajar terbaik matematik keseluruhan tingkatan 2! Tahniah2! Aku bangga dengan kamu…

**************
“Woit! Ida…mak angkat hg panggil” Azmi menyampaikan berita.
“ar? Bila pulak aku ada mak angkat ni?” Menyoal hairan.
“Tu ha…teacher Fadh cari.”Menjuihkan bibir kearah wanita yang bergaya. Bergincu merah.
Disebabkan kerajinan aku membantu teacher menyudahkan mini video clipnya dan disebabkan aku rajin turun kelas tambahan BI, aku dicop anak angkat teacher…ha!ha! sekali lg ketawa terbahak-bahak..
Ok..ok..mudah-mudahan aku dapat A untuk BI! Ameen…

Buat cikgu-cikgu yang gigih melayan anak murid mu ini. Terima kasih! Membimbing aku sampai ke tahap ini…Jasamu akanku kenang sampai mati!…

*************
“Debuk!!” Tiba-tiba terdengar org bertumbuk kat belakang kelas.

Ida dan Nadia yang sedang berbual-bual di pintu depan kelas sambil menanti cikgu bm masuk mengajar memaling ke belakang. Memastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Adam dan Hisyam bertumbuk. Dan mereka dileraikan…kemudian dibawa ke Cikgu disiplin…

Nadia terkocoh-kocoh datang sambil teresak-esak. ”Ida cepat Da…Cikgu Non panggil.
“Awat pulak?“ Ida menyoal. Kehairanan.
“Gaduh tadi tu sbb kita Da…”Penjelasan yg ringkas membuatkan Ida tertanya-tanya.

Cikgu Non, cikgu disiplin yang tegas dan garang.

“Kamu nak jadi ratu cantik sekolah apa!?”Tegas menghamburkan amarah.
“Kalau cantek macam ratu, takpe la jugak!” Marah yang semakin menjadi-jadi.

“Err..cikgu…”Nadia ingin menjelas dalam esak tangis yang bersisa.
“Hish! Sapa ratu? Apa neh? Bila pulak aku duk wat walkshow kat depan kelas tu…?” Ida bercakap sendiri. Dikerlingnya Adam dan Hisyam mintakan penjelasan.

Dan… sampai sekarang aku masih tak paham kisah ini…??? What?Why? please…
sp yang boleh tlg jelaskan…

**********
“Zorro?” Ida menyoal sendiri.
“Secret Admire la…” Jawab Azua.
Bunga dan kek yang sampai di kelas untuk hari frenship day itu menimbulkan tanda tanya…

dan tanda tanya itu terjawab pada petang itu jgk… oo…dia ke Zorro.

Buat Zorro, walau kamu punya masalah famly. Itu Ujian dan dugaan TUHAN. DIA takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan. Hanya DIA yang Maha Mengetahui setakat mana kemampuan kita. Tabahlah! Jgn dipesongkan amalan dan kepercayaan. Redha pada qada’ dan qadarNya.

************
“Ida, An ajak dating…kat kelas hujung tu” Azua menyampaikan.
“Ish, mimpi apa pulak la si An ni ajak aku dating, tak penah-penah pun…” Heran.
Langkah yang berat dihayun ke kelas hujung sekali. Terpandang pada pasangan-pasangan yang berdating di dalam kelas itu jugak.

“Saja An ajak, kita tak pernah dating kan…”Selamba dijawab.
“Takpe lah kat sini je…” Sambil kaki dilekatkan di luar kaki lima kelas.
“Ada apa cari?”Soal Ida malas. Sebenarnya takut jugak tak pasal-pasal kena tangkap kawen lak kang.
“Dating? Bole…” Ayat cuba disusun.
“Hurm…tak mau lah, tak berani…” Dan Ida pun berlalu meninggalkan temannya yang tersenyum kelat.

Dan hari terus berlalu, cinta monyet yang berakhir dengan perpisahan… Ida bertukar sekolah, dan perhubungan terputus disitu.

Sungguh! Aku tak pernah bercinta…itu yang selalu aku sampaikan pada teman2… Sebenarnya aku sendiri selalu keliru. Cintakah itu? Tanya pada hati…aku sukakan dia?
Atau kawan-kawan bercouple dan aku turut nak couple? Maaf… aku ragu-ragu untuk hubungan itu tapi yang pasti, kamu tetap kawan aku dan senior yang aku kagum… tournament yang kamu sertai,aku jd peminat yang tak pernah putus pandang pada aksi itu. Hebat. Semua juga kagum. Maaf…aku bukan jodoh kamu…
**********
Izzah berpindah ke Sabah… Air mata mengiringi sahabat itu.
Pergilah…Aku relakan…Jaga dirimu…Tabah kan hati! Jgn terputus hubungan kita,janji!!

2002…

“ns3b102m? maksudnya?” Ada yang ingin tahu ya…
nurulsyahida,3bistari1,2002,memory, yup! Itulah dia… dah kalut kena letak email kat senarai nama student amek PMR, so jd lah ringkasan tu…

Tahun ni seat PMR tapi sibuk join itu dan ini…
Tugas ketua kelas yang digalas disebabkan oleh komitmen yg hebat ditunjukkan pada tahun lepas sebagai penolong ketua kelas, lansung jawatan diangkat. Ceh! Perasan!
Hakikat perlu diterima, teman-teman lain yang menuding jari…sebab? Teacher Fadh jadi guru kelas! Dan Cikgu Nah cikgu bio..Wah! Telinga aku lagi, perlu dihidang buat santapan-santapan enak…mangsanya,aku…

********
“Petang ni mai skolah taw! Kita ada training nyanyian” Adam memberi arahan.
“Weh aku sakit tekak r…nak tarik diri” Seorang kawan menagih simpati.
“Aku pun, ada hal tak bole join.”
dan..selepas seorang,seorang pulak yang tarik diri.
“Dah macam tu…kita bubar lah.” Ida yang hampa dengan alasan yang diberi teman-teman. Daripada 10 ahli tinggal 5 ahli yang boleh turun padang.
“Ah! Aku tak kire..dah alang-alang, banyak dah pun kita practice” Adam memberi arahan. Lagak macam ketua pun ada.
“Iya lah…petang nanti kita turun, practice lagi…” Hampa. Ida memberi kata putus.

“Mana nak hafal pasal Negara lagi, tu lah tamak sangat. Semua nak sapu! Dah la dekat trial PMR pun.” Ngomel Ida, mengutuk diri sendiri.

Selain nyanyian kebangsaan, kuiz kebangsaan turut disapunya. Itu pun cikgu sejarah yang memberi kepercayaan untuk dia wakili tingkatan. Kalau tidak, mati hidup kembali pun dia takkan sertai.

Sambutan kemerdekaan pun berlangsung di dewan terbuka sekolah yang baru siap dibina.

dan nyanyian kebangsaan Ida dan konco-konconya di pentas…
“Gile tak sedap!” Ngomel sendiri dalam hatinya.

“Negaraaaaaa….ku… Tanah tumpahnyaaaaa darahku…..” Senada nyanyian yang didendangkan bersama gerakan-gerakan yang seiring .

Akhirnya, berkat usaha yang tak putus-putus. Nyanyian yang tak sedap tu mendapat tempat ketiga! Tahniah! dan…kuiz kenegaraan yang turut disertainya diumumkan johan! Wah!! Tahniah2! Tak sia-sia air liur cikgu sejarah yang tersembur-sembur keluar dalam kelas sejarah…mungkin juga itu jampi serapah untuk anak muridnya berjaya dalam PMR kelak. insyaAllah…

**************
PMR berlalu…

Hari keputusan diumumkan…

Students yang segak berbaju formal melangkah penuh harapan. Membawa angan-angan setinggi gunung. Semoga impian tercapai.

Pagi-pagi lagi Ida dan sahabat-sahabatnya dah sampai di kelas. Menunggu dengan sabar. Yakin, kejayaan memihak pada diri.

“Mak cik dengar-dengar tadi, ada cikgu cakap 3 orang yang dapat straight A’s.” Mak cik yang datang dari mana tidak diketahui. Mungkin juga antara waris pelajar yang mengambil result anaknya.

“Kalau tak salah, sorang perempuan dan dua lelaki.”Terang mak cik itu lagi.

“Sapa mak cik?” Azmi yang seakan tidak sabar, bersuara.

“Ida apa ya nama nya... lelaki tak pasti pulak mak cik.” Mak cik menjelaskan.

Alhamdulillah… syukur terima kasih TUHAN.

Adam dan Man juga berjaya…

Tahniah kawan!… usaha kita wat study group berhasil. Dan yang lain-lain jugak berjaya…

TO BE CONTINUED….

Friday, June 5, 2009

Menghitung hari...

Wah! akhirnya aku tinggal sorg jgk di uma banglo mewah milik tn.uma AF yg tidak aku ingt nama apa ntah..
mana yg lain? hurm..blk kg nu haa..cuti 3hr..birthday sultan kltn hri ahd..
sunyi sepi...kuatkn tv! lptop! haha biar suma org tahu..aku masih ada..
sambung menulis lg ah!
bila la p.cik sorg tu mau pulang...dh 5hr pun nie..cpt la!cpt!..blk malaysia...
Kirimkan cd yg daku mintak...=p

next!!!
kisah hidup sara...

bab 2
KERETA Waja hitam gelap yang dipandu wanita awal 40-an itu hilang dari pandangan. Sara kembali termenung di Pangkin. Pandangan kosong jatuh ke hujung sawah. Di sana ada peninggalan nenek. Petak sawah yang nenek tinggalkan. Di situlah punca pendapatan untuk membesarkannya.
Azan Zuhur sayup-sayup kedengaran dari hujung kampung. Sara bingkas bangun menuju ke telaga yang terletak di bawah rumah. Air diceduk lalu disapu perlahan ke muka, sejuk. Setelah usai berwuduk, Sara masuk ke bilik nenek. Terasa sunyi.
"Aku harus kuat!" Bisik hati kecilnya.
Menyembah TUHAN Yang Maha Agung timbul rasa tenang di hati. Sujud menghambakan diri, menagih kasih dan berdoa.
"Ya Allah, Tuhanku yang Satu, Ampunkan dosa hamba mu ini, dosa kedua orang tua ku, dosa guru-guruku, dosa-dosa muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan petunjukMu, ketenangan, kekuatan dan semangat dalam menempuh hidup ini. Ya Allah, berilah aku kesihatan yang berpanjangan untuk aku mencari redhaMu. Ya Allah, tempatkanlah aku dikalangan Mukmin yang soleh dan solehah. Tunjukilah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Jauhkanlah aku dari segala maksiat. Sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina ini datang menghadapMu TUHAN....." Air putih jernih jatuh dari kelopak mata mengiringi rasa rendah diri dan berdosa padaNya.
Selesai berdoa, dia sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nenek.
Sara kembali ke pangkin. Digenggamnya kemas surat yang Mama tinggalkan tadi. Perlahan dibuka lalu diamati isinya..

Assalammualaikum...
Kehadapan anak Mama yang disayangi...

Maafkan Mama Sayang..Betul, Mama tak berniat untuk tinggalkan Sara seorang di kampung..Kalau boleh Mama ingin sekali bawa Sara bersama. Bina hidup baru, tebus kesalahan Mama untuk tahun- tahun yang lepas…
Tapi..apakan daya, Mama tak mampu Sara..bukan kerana wang ringgit, tapi kasih sayang...Hidup Mama sendiri terumbang-ambing...Mama takut anak Mama yang seorang ini terjebak dalam hidup Mama yang begelumang dengan dosa. Mama takut Sara.
Ingin sekali Mama peluk Sara, berdepan dengan Sara, ceritakan tentang kisah hidup kita…Tapi…lidah Mama kelu untuk berbicara, Sepatah pun kata tak mampu keluar dari mulut Mama Sayang...Sungguh, Mama tak mampu berdepan dengan kisah silam Mama... Wajah Sara saling tak tumpah dengan lelaki yang sangat Mama cintai, Mama sanjungi... Evan Abdullah... Ayah Sara yang pulang ke tanah airnya lapan belas tahun dulu.

Sara,
Ayah Sara sangat penyayang. Kami berkahwin atas dasar cinta...Walau tentangan dari keluarga di Scottland sangat hebat, namun cinta kami tetap utuh!
Ayah Sara datang ke Malaysia sebagai anak angkat pertukaran pelajar Scottland-Malaysia. Kebetulan waktu itu nenek teringin benar mengambil anak angkat. Evan Davis dari Hawick Scotland disenaraikan di bawah nama datuk...
Seminggu di rumah nenek, cinta mula berputik. Rupanya Mama tidak bertepuk sebelah tangan...Hasrat Evan untuk peluk Islam kami sekeluarga sambut dengan penuh rasa syukur. Malam itu, Mama sujud syukur...Mama bahagia...
Esoknya Datuk Sara bawa Evan ke pejabat agama. Niat baik tak boleh ditangguh... Alhamdulillah..Evan Abdullah selamat sebagai saudara baru Islam.. Kebetulan pula cuti musim panas, Evan tinggal lama di sini.. Sebulan kami menyulam cinta dan akhirnya kami disatukan.
Waktu itu datuk Sara masih hidup dan dialah yang banyak memberi sokongan dan bimbingan buat Evan Abdullah. Datuk ajar mengaji, datuk selalu ajak ke masjid...Mama sangat bahagia tika itu Sayang… Genap dua tahun kami Berumah tangga, Mama lahirkan bayi comel yang kami namakan Evina Sara Binti Evan. Mama peluk, Mama cium Sara… Bukti kasih dan cinta Mama buat Evan.
Mama sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Sewaktu usia Sara 2 tahun, Kami dapat panggilan dari Scottland. Rupanya itulah panggilan perpisahan... Nenek Sara di Scottland sakit tenat dan Evan perlu pulang. Mama pujuk Evan, Mama cakap... Sebagai Islam, kita wajib hormat kedua orang tua walau bukan dari agama yang sama... Akhirnya, Evan pulang tapi pulangnya tak kembali. Mama sedih. Hancur hati Mama Sayang...
Puas Mama cari Evan, tapi gagal…
Akhirnya…Mama minta cerai di mahkamah. Bukan Mama tak sayang hubungan kami, tapi Mama tak mampu untuk digantung tak bertali!

Sara,
Sekelumit benci pun Mama tak simpan di hati..Bagi Mama, Evan tetap di hati Mama.
3tahun Mama besarkan Sara dengan berniaga kecil-kecilan di hujung kampung sana. Tapi, sampai bila... hati Mama memberontak mahu memberi Sara kemewahan hidup... merubah hidup keluarga kita.. Tawaran seorang kawan, Mama terima. Mama berjaya mendapat kerja di Bandar Metropolitan.
Mama tinggal Sara dengan datuk dan nenek di kampung... Mama nekad! Tapi..rupanya, jalan yang Mama pilih salah...kerana wang, langsung Mama tak sedar halal dan haram… Mama hanyut…
Maafkan Mama...Mama juga Manusia, Manusia yang lemah...
Tak perlulah Sara tahu tentang kisah hidup Mama, cukup sekadar Sara tahu yang Mama sudah berubah...Mama janji akan bimbing keluarga baru Mama.. Mama janji akan ambil Sara… Berilah Mama masa Sayang…
Mama sentiasa doakan kejayaan Sara dan doakan agar Sara sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT…

Salam Sayang penuh kerinduan…
MAMA


Tiada kata yang mampu terungkap tika itu. Meraup wajah. Menarik nafas yang panjang lalu dilepaskan. Jiwanya kosong… Hatinya bagai ditiup, jauh dibawa pergi angin petang yang dingin. Dia benar-benar terkilan dengan sikap Mama.

Mama…Anakmu ini…
dahagakan tangan yang membelai…
hangat kucupan bibir di ubun-ubun…
dakapan erat penuh kasih…
kasih seorang ibu…

Wednesday, June 3, 2009

sahabat

"Sabahat", masa sekolah rendah kerap aku dengar perkataan nie, masuk sekolah menengah dah makin kurang dan berkurang.. 

Masyarakat sekarang dah semakin lupa tentang erti 'sahabat' Masing-masing sibuk mengejar dunia.. salahkah aku??
Teringat sahabat aku berdua...sangat rindu zaman sekolah. Masa yang sangat banyak boleh diluangkan.

Semalam msg Naz, tanya khabar..col Za jugak..lama menyepi...Perubahan Za yang sangat aku kagum. Alhamdulillah...(bertudung labuh, bertutup dah kemas). 

Siti Nornazua bt Hashim & Nurul Izza Nadia bt Shuhaimi InsyaAllah nama yang akan selalu aku ingat.

Zaman dulu, main alur belakang taman, turun bendang (sawah) depan rumah aku (lawan pacat sambil tarik-tarik ekor), turun huma(kebun) tok, bawak naik sampan, korek ubi kayu + makan ubi kayu bakar, main gerek (basikal), main gelongsor besar depan SKAAT, turun training teakwondo...=)

bila gaduh, sampailah surat cinta Naz. =)

Sekarang masing-masing dah bawak haluan sendiri..Jururawat,Kaunselor,Penyelidik..Alhamdulillah..
 
Semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat.

Bab 1 (sambungan)

Tahun 2008…

"Kita hanya merancang, DIA juga yang menentukan segalanya".
Ucapan yang lancar dari mulut Sara. Sebak hati melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku. Belum pun sempat janji dikota, nenek pergi dulu menghadap ILAHI. Perginya tidak akan kembali.
"Maaf Sara, Mama tak sempat pulang awal..." Datin Hana cuba memeluk anaknya.
Pasrah melihat ibu yang sekadar pada nama. Berbelas tahun lamanya, satu tempoh masa yang cukup untuk dia melupakan status dan pangkat ibu pada wanita yang berdiri di depannya kini. Sara tahu, berdosa besar derhaka pada ibu,tapi.. hatinya sayu, pedih benar bila diingatkan sepanjang tempoh hidupnya neneklah yang bersusah payah membesarkan Sara. Beban dan tanggungjawab nenek yang galas. Biarlah kali ini seperti juga selalu ego yang merajai diri.
"Kenapa Mama pulang? Sara mampu uruskan semua, Sara mampu Ma…Sara tak perlukan sesiapa". Tersekat-sekat Sara menyusun kata.
Janggal benar rasanya hendak disebut ‘Mama’.Tapi rasa hormat masih ada dalam diri. Itupun nenek yang ajar. Nenek tak putus-putus cerita semua yang baik pasal Mama. Seingat Sara, tidak pernah sekalipun yang buruk nenek sampaikan tentang mamanya.

Malam, majlis Tahlil buat arwah nenek, semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang mukmin, tenang dan aman di alam sana. Selesai majlis, sedikit jamuan makan disediakan buat tetamu yang hadir. Perlahan Sara berjalan menuju ke bilik. Bilik arwah nenek yang dikongsi bersama sejak bertahun. Bukan Sara tidak punya bilik sendiri, tetapi dia lagi senang tidur dengan nenek. Dengar cerita nenek, nasihat nenek, terkadang sampai Sara terlelap.
Terpandangnya potret dia dan nenek yang diambil sewaktu hari dia menerima anugerah pelajar terbaik PMR di sekolahnya dulu. Segalanya mengundang duka. Air matanya jatuh lagi.
"Sara rindukan nenek." Dalam sebak Sara memandang sepi pada kenangan yang tinggal.
Tak henti-henti air mata yang bertakung mengalir turun, puas diseka di kelopak mata, namun semakin laju merembes. Sara cuba menarik nafas panjang meredakan hati yang lara.
"Nenek dah pergi Sara, biarkan dia pergi dengan tenang. Kita yang hidup teruskan hidup. Sampai satu masa kita akan ikut jejak nenek.”
Kawan baiknya Zana dipeluk erat. Seperti ingin saja dikongsi rasa. Baginya, sekarang dia sudah tidak punya sesiapa. Selesai majlis Tahlil, Mama akan pergi. Pulang entah ke mana Sara sendiri tidak pasti dan tidak juga dia ingin tahu. Biarpun darah Mama yang mengalir dalam diri, Mama tetap orang asing. Orang yang tidak pernah ambil tahu tentang hidup Sara, hati Sara. Ingin saja dia menangis semahu-mahunya. Namun, air matanya sudah kering. Matanya sudah bengkak, merah bagai diserang sakit mata.
“Kenapa aku?” Rintih Sara.
"Tak baik kau meratapi nenek yang dah pergi Sara, redha dengan takdir. Aku sentiasa ada bila kau perlukan teman". Pujuk Zana seperti memujuk anak kecil. Diusapnya
lembut belakang Sara.
Janji TUHAN bila saat kematian tiba, tidak akan dilambatkan ataupun dipercepatkan walaupun sesaat.

“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditentukan oleh Allah).”
(ali-Imran:145)

Sara bangun menuju ke bilik air. Sara mengambil wuduk. Di saat seperti ini, Sara perlukan ketenangan dan dengan berwuduklah hati seseorang akan tenang. Pesan Ustaz Rahman terngiang-ngiang di kepala. Selesai berwuduk Sara kembali ke ruang tamu. Tetamu yang hadir tak putus-putus mengucapkan takziah. Namun, belum cukup untuk meredakan sedih yang bersarang.
“Sabarlah wahai hati” Sara cuba menggali kekuatan diri.
Mama di sudut ruang tamu ditenungnya lama. Ada rasa kesal diraut wajah Mama. Senyuman yang terukir jelas menampakkan rasa bersalah Mama.
"Dah banyak kali Mama cuba hampiri Sara, Tapi, makin Mama dekat Sara cuba menjauh. Sara marah pada Mama?". Getar suara Datin Hana semakin jelas.
"Tak lah, Sara siapa nak marah pada Mama?"
"Maafkan Mama Sara, bukan niat Mama untuk tinggalkan Sara. Bukan niat Mama untuk tidak ambil tahu hidup Sara. Mama terpaksa. Mama sayangkan Sara. Mama sayangkan nenek kamu. Tapi takdir yang begini.." Tangan Datin Hana semakin erat mencengkam bahu anaknya.
"Siapa Mama untuk salahkan takdir? Mama lahirkan Sara, tapi Mama sanggup abaikan Sara!". Tersedar suara semakin meninggi. Sara kembali membisu tertunduk ke lantai.
"Mama perlukan masa Sayang, untuk jelaskan semua ini. Berikan Mama masa..Tiba waktunya nanti, Sara akan tahu duduk keadaan sebenar. Maafkan Mama Sayang". Balas Datin Hana dalam sebak yang semakin mencengkam.


PAGI selepas Subuh, Sara kembali ke dapur mengemaskan sisa pinggan-mangkuk kotor yang masih berbaki. Selesai tugas, Sara menjenguk ke peti jika ada makanan yang boleh dibuat sarapan. Terpandang pada jendela yang terbuka luas, sesusuk tubuh berteleku di pangkin menghadap ke sawah.
"Apa sedang Mama fikir?" Sara bertanya pada diri.
Walaupun hatinya masih marah, namun hati seorang anak ‘sekeras kerak nasi’. Sara akui, sepanjang Mamanya di sini, bicara Mama sudah mampu mencairkan hatinya. Namun dek kerana ego, sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Bila Mamanya bercerita, Sara diam membisu. Hanya matanya yang dibiar berbicara tika ini.
Seminggu Mamanya di situ wujud rasa kasih yang semakin berputik. Namun, belum pun sempat menguntum Mamanya meminta Izin untuk pergi. Meninggalkannya untuk kedua kalinya.
"Sara, Maafkan Mama Sayang" Tangan Sara digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan.
"Bila keadaan mengizinkan, Mama akan datang jemput Sara. Tapi bukan sekarang. Mama tahu Sara mampu jaga diri. Akaun Sara, Mama dah masukkan duit." Datin Hana berlalu selepas menghulurkan sekeping buku akaun yang tertera nama Sara.
Sara sekadar menghantar Mamanya dengan ekor mata. Tiada air mata untuk Mama. Kasihnya yang berputik gugur bagai gugurnya daun-daun kering.