Wednesday, August 26, 2009

syukur...

"hello syida, ni kak zulia...hmmm awak tengah buat ape?"

isk,laen macam je ni...asal ati aku rs pelik...

"dkt stokis ngah keje. Lain macam je akak?"

"td org atas dh col..awk dh boleh stat kje 1 sept nie."

wah! mmg kejutan... baru 10min td aku col cancel keje yg start 1sept,dh dtg keje yg lain yg start 1sept jgk... rezeki di mana2, asal ada usaha,akan ada hasilny...

Alhamdulillah...

menulis bila lapang,bila idea dtg...

jln aku dah aku pilih! tanggung sendiri risikony!
************
"kalau lah sejarah itu ada nokhtah, boleh delete, boleh start dgn yg baru...macam menulis novel...mungkin aku lah org yang paling bahagia."
*******
"makin jauh aku lari, bila ditoleh...makin jelas tapak yg aku tingggalkan"
*************

bab 4 (sambungan)

SELEPAS makan mereka kembali semula ke pejabat, menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh.
“Kak Husna, mana surau?” Soal Sara. Tersedar diri belum menunaikan amalan wajib untuk tengahari itu.
“Eh! Ris sini bentar.” Panggil Husna wanita muda yang berasal dari Kelantan itu bila terlihat Haris menukarkan kasut hitam berkilat miliknya kepada slipper Jepun.
“Ish! baru nak ke surau dah ada orang rindu…” Sempat berseloroh sebelum memalingkan muka ke arah Husna.
“Tak ada maknanya aku nak rindu ke mu Ris.” Membalas sambil mencebik.
“Ada apa akakku sayang…?” Haris ketawa.
“Hah macam itu lah adik akak…” Husna kembali tersenyum, terlupa sebentar pada tujuan asalnya.
“Ada apa panggil?”
“Eh! Ha..Tolong tunjukkan Sara kat mana surau… boleh?”
“Allright! Let’s go Sara.” Laung Haris sambil kaki dihayun menyusun langkah.

Mereka berjalan beriringan. Sesekali matanya dikerlingkan ke tubuh sasa lelaki disebelah. Tanpa disedari Sara terlanggar wanita dihadapannya.
“Aduh! You dah buta ya?! Sergah wanita tinggi lampai, bermata bundar yang berpakaian seksi.
“Er… maaf puan…saya tak sengaja.” Sara cuba berbahasa sambil tangannya sibuk menyusun kembali fail-fail wanita itu yang bertaburan di lantai.
“Puan!? How dare you…” Mendengus. Menyentap fail-fail di tangan Sara.
Matanya memandang tajam ke arah Sara. Dipandangnya dari atas hingga ke bawah. Sempat wanita itu memaling ke arah Haris.
“Hai… Ris, low taste betul you…” Tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.
“She is nice better than you, Puan Shery!” Laung Haris sambil ketawa, puas.
“Tu Syerina, anak Dato’ Rizman salah seorang pengarah besar syarikat ni.” Jelas Haris.
Sara hanya diam, masih terkejut disergah begitu. Namun, disudut hatinya, geram. Ingin saja dibalasnya. Berpelajaran tetapi bersikap kurang ajar begitu. Tetapi Sara sedar, dia tetap orang bawahan yang tidak punya kuasa.
Beberapa minit, mereka sampai di surau. Sara masih memikirkan tentang maksud Haris sebentar tadi. Mungkin Shery pernah punya hubungan dengannya. Hati Sara tertanya-tanya.
“Ahh!... biarlah hal orang, tak perlu aku nak masuk campur.” Sara mengusir pergi persoalan yang datang tanpa diundang.
“15 minute, I’ll be waiting for you here, okay dear?” Haris tersenyum dan berlalu.
Sara hanya sekadar mengangguk.
“Suka hati dia je kan, panggil aku dear.” Sara mengomel sendiri. Ada rasa tidak puas hati pada Haris.


SEPANJANG seharian di pejabat, Sara lebih banyak mendiamkan diri. Hanya sesekali dia tersenyum sendiri melihat gelagat teman-teman. Pamphlet dihadapannya sudah hampir semua diselak. Buku-buku yang bertimbun pula masih belum disentuhnya. Sara masih punya masa 2 minggu untuk menghabiskan semuanya. Jika dihabiskan cepat, sudah pasti dia akan kebosanan nanti.
Dikerlingnya Sara ketempat duduk Haris, Tidak bertuan. Sunyi pejabat yang dihuni hampir 20 orang staff. Terasa ada benarnya cerita Husna tentang Haris kepadanya sebentar tadi.
“Haris nampak je macam tu low profile, tapi anak Dato’. Sekarang, dia tengah buat part time degree dalam bidang guaman. Akak pun baru dapat tahu bila terbaca resume yang dia hantar pada Puan Hasnah. Sebelum ni, akak ingatkan dia anak orang biasa. Cara berpakaian, makan pun tak berkira. Dia langsung tak pernah sentuh pasal latar belakangnya. Nak jugak akak bertanya, tapi biarlah… Sekurang-kurangnya, dia tak berlagak macam anak-anak orang berada yang lain. Kalau dia tak ada kat tempat tu ha…alamat sunyilah pejabat kita. Hairan jugak, duit banyak tapi tak buat full time study. Susah payah cari duit pulak tu. Hurm…mungkin dia ada alasannya,kan…”
Panjang lebar cerita Husna. Timbul rasa kagum dengan rakan sepejabatnya yang seorang itu. Berdikari walau punya keluarga yang kaya. Baru sehari, tetapi sudah banyak persoalan tentang latar kehidupan Haris bermain difikirannya. Malah, dalam diam Sara terpikat dengan keramahan Haris.
“Akak, Haris ke mana?” Sara bertanya pada Husna yang sedang tekun menaip.
Husna tersenyum.
“Dia ada appointment kot. Kenapa?”
“Oh…tak ada apa…” Sara membalas senyuman.

Sara mengerling jam tangan jenama Polo yang baru dihadiahkan Zana seminggu yang lepas. Jarum hampir menunjukkan pukul lima petang. Dari celah-celah langsir pejabat, dapat dilihat olehnya awan gelap yang menunggu masa untuk mencurahkan isi ke bumi. Dalam hati, dia berdoa semoga sempat sampai ke rumah memandangkan dia perlu berjalan agak jauh untuk ke stesen bas. Malah, bila tiba di kawasan taman perumahannya, dia perlu pula berjalan masuk ke dalam hampir 200m dari jalan besar. Kalau hujan turun mencurah-curah, sudah tentu sukar untuknya mendapatkan bas petang itu dan sudah pastilah bajunya akan basah disiram dek hujan nanti.
Syamimi sudah berkali-kali mempelawa untuk menghantar dan menjemputnya, tetapi dia tetap berkeras. Bagi Sara, selagi termampu dia tidak akan menyusahkan orang lain. Menumpang di rumah Syamimi pun dia terasa seperti memberi beban pada teman sekampungnya itu. Namun, dek kerana terpaksa Sara menebalkan juga mukanya. Janjinya, dalam masa terdekat dia akan berusaha mendapatkan rumah sewa yang murah serta dekat dengan tempat kerjanya.
“Sara, balik jom!” Husna bersuara.
“Okay, Sara mengangguk. Membalas senyuman sambil tangannya sibuk berkemas untuk pulang.
“Sara, balik dengan apa?” Soal Husna.
“Bas.” Sara membalas ringkas. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.
“Nak tumpang akak? Kebetulan kita lalu jalan yang sama. Bentar lagi Husband akak sampai. Jom!?”
“Eh…Tak apalah Kak Husna.” Sara senyum. Dia sengaja tidak mahu menggangu pasangan pengantin baru itu.
Kalau tak kerana ringan mulutnya untuk bertanya inai yang memenuhi jari tangan dan kaki wanita itu, sudah tentu dia ingat Husna masih anak dara. Mukanya yang langsung tak dimakan usia. Dan jika diletakkan dikalangan budak sekolah, sudah tentu tidak ada yang menyangka Husna wanita lewat 20-an.
Sara memandang sekeliling. Wati dan Nisa serta staff-staff yang lain masih tekun menghadap komputer. Sara menghitung saat untuk mengangkat kaki. Terasa segan pula, orang baru sepertinya pulang mendahului mereka. Cepat pula Husna melangkah pergi. Sara mengutuk diri kerana tidak beriringan dengan Husna sebentar tadi.
Dia memaksa diri untuk menunggu sehingga ada staff lain yang akan pulang. Tidak senang duduk dibuatnya, sekejap dipandangnya ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian, beralih pula pandangan ke bilik Puan Hasnah. Masih cerah, mungkin wanita itu masih banyak tugasan yang perlu disiapkan. Otaknya ligat memikirkan nasib yang bakal menimpa.
Hampir setengah jam, Sara menarik nafas lega. Wati dan Nisa pula berkemas untuk pulang.
“Akak saya balik dulu…” Sara memandang mereka, tersenyum sebelum berlalu.
Beberapa kali dikerlingnya jam tangan. Cuak. Rintik-rintik hujan mula turun. Dia perlu cepat.
Terasa kecut perutnya bila mengingati mimpinya malam tadi. Dia yang ketinggalan bas sewaktu pulang kerja terpaksa menunggu sehingga larut malam. Berseorangan di deretan kedai malah dirompak pula dengan kutu-kutu jalanan.
Kata orang, kadang-kadang mimpi boleh jadi kenyataan. Bagi orang yang baru masuk bandar sepertinya, sudah tentu takut tetap menguasai diri walau puas ditipunya diri sendiri hidup-hidup yang dia kuat dan mampu hidup sendiri. Pesanan Zana kembali mengusik jiwanya.

“Kau jangan berani sangat Sara. Di bandar tak sama dengan tempat kita sendiri. Sini bolehlah kau redah buta-buta. Tapi kat sana, ramai orang jahat! Jangan mudah percayakan orang.”

Terlihat kereta Iswara merah saga bergerak menghampirinya. Berhenti betul-betul didepannya kini.
“Sara, jom!? I hantarkan…” Laung Haris.
Sara membalas dengan anggukan. Ringan pula tangannya membuka pintu kereta. Sedikit lega. Menghayun langkah dan duduk di sebelah Haris. Walau baru beberapa jam kenal, tetapi entah kenapa ada rasa percaya pada lelaki disebelahnya itu. Terasa malu pula bila tersedar dirinya berkelakuan begitu.
“Ah! Asalkan aku selamat sampai.” Sara mengomel sendiri.
Baru 5 minit perjalanan, Hujan turun dengan lebatnya. Bimbang pula bila berdua dengan pemuda disebelahnya. Tambahan hari hujan begini, macam-macam boleh jadi. Sara cuba menyembunyikan rasa bimbang yang tiba-tiba bertandang. Memandang keluar sambil hatinya berzikir.
Haris memandang gadis disebelahnya. Dia menjangka pelawaannya tadi akan ditolak bulat-bulat. 'Jual mahal, perempuan memang expert.' Tersenyum sendiri.
Sesekali dikerlingnya ke wajah Sara. Ada kebimbangan yang terzahir diraut wajah gadis itu. Tidak ada tanda menunjukkan yang dia akan bersuara.
“You okay ke Sara?” Tegur Haris.
“Eh!...oh…saya dah makan. Thanks.” Balas Sara sebelum kembali berpaling memandang hujan yang semakin galak.
“Isk! Apahal pulak minah sorang ni.”
Sara seperti melayan perasaan sendiri. Tidak berminat untuk berbual. Mendiamkan diri. Otaknya melayang jauh ke kampung. Pesanan Zana sentiasa bermain difikirannya.
“Ke mana?” Soal Haris.
“Ke mana apa?”
“Ke mana nak pergi?”
“Pergi mana?”

Haris bingung dengan soalan Sara. Pelik. Haris ketawa kecil. Geli hati dengan gelagat gadis disebelahnya itu.
“Kenapa.” Giliran Sara pula menyoal.
“Kenapa apa?”
“Kenapa ketawa?”
“You tu lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. Cik Sara okay ke tak ni? Nak I hantarkan you ke klinik?”
“Eh…saya okay.” Mengangguk. Hairan. Apa yang lain pada jawapannya sebentar tadi.
“Hmm.. you tak takut ke?”
“Nak takut apa?” Sara mengerutkan dahinya.
“Tak takut ke I larikan ke, I rompak ke?” Haris ketawa sendiri.
“Untuk apa?” Sara menyoal kembali.
“Betul…Hairan. You tak kenal I tapi terima pelawaan I, you tak takut ke dengan orang yang tak kenal?”
“Dah kenal kan tadi? Haris, pemelihara…” Sara membalas ringkas.
“Hehe…ye la…Pakwe you tak marah ke keluar dengan lelaki lain?” Haris menduga.
“Saya belum ada teman lelaki. Teman Encik Haris tak marah ke saya tumpang?” Sara menyoal kembali. Rasa bersalah mula menguasai diri apabila Haris timbulkan persoalan itu.
“Ramai, yang mana satu? Teman lelaki ke teman wanita?” Haris cuba berseloroh.
Dia cuma ingin menghapuskan rasa bimbang di hati Sara. Malah, dia ingin wujudkan kemesraan di antara mereka. Untuk apa, dia sendiri pun tidak pasti. Pertama kali terpandang gadis itu, seperti ada keserasian di antara mereka. Dan yang dia pasti, keinginan yang membuak-buak untuk mendekati dan mengenali gadis itu.
“Hah! Encik Haris ada teman lelaki?” Bulat mata Sara memandang pemuda itu seperti ingin tahu.
“Well…I bukan macam yang you pikirkan tu… Teman tu kan kawan rapat, tak salah kan I ada ramai teman? Am I right Cik Sara?”
Sara mengangguk. Terasa sedikit lega bila hujan semakin reda. Mendengar Haris berceloteh, bertanya soalan demi soalan dan akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju.
“Encik Haris, rumah saya kat taman tu.” Sambil jari menuding ke arah kawasan perumahan di hadapan.
“Esok I jemput you?”
“Tak apalah, Encik Haris. Esok kawan saya yang hantarkan.” Sara tidak bermaksud untuk menipu, tetapi itu jawapan spontan yang terlintas difikirannya.
“Oh…Allright! I hantarkan you pulang?”
“Tak apalah, Encik Haris. Saya balik dengan kawan.”
“I jemput you lusa?” Haris menyoal lagi.
Sara menggeleng.
“Isk! Tak faham aku dengan mamat sorang ni, dah hantar sekali nak lagi…” Sara mengomel.
“Thanks, Encik Haris.” Sara senyum.
“Err…You… number phone? Please…”
Sara menoleh.
“Untuk apa?” Sara mengerutkan Dahi.
“I nak call you la…we are friend right?”
“04-716….”
Haris menaip nombor yang disebutkan Sara di dalam telefon bimbitnya. Save!
“Wow! Sekali dapat nombor rumah da…”Haris berpuas hati.
Memerhatikan Sara berlalu pergi. Terkejut apabila tiba-tiba Sara menoleh.
“Encik Haris! Itu number public phone depan rumah saya di kampung. Thanks sudi hantar.” Laung Sara.
Menekan kembali butang handphone mencari nombor sebentar tadi. Haris menampar dahinya sambil ketawa sendiri. Tak sedar pula nombor itu bukan untuk tempatnya. 04- sudah tentu di utara sana.
Haris masih tidak puas bersoal jawab dengan Sara. Seperti banyak yang ingin dia tahu tentang hidup gadis itu. Suram cahaya di wajahnya seperti terkandung seribu duka. Redup matanya seperti menyimpan derita. Naif benar Sara dipandangannya. Gadis itu jauh berbeza dengan wanita-wanita yang pernah dikenalinya. Berani tetapi penakut. Jauh di sudut hatinya, dia dapat rasakan Sara seorang yang periang cuma tekanan hidup yang merubahnya.

bagai digantung tak bertali

"Hello miss, sy nak cancel kmasukkan zonria..."
dup!dap! hati cam nak jatuh!...
aku dah pilih benda yg aku xpasti,
sedang hujung jln tu aku nampak jln yg cerah!

aku lepaskan peluang, aku ambik risiko...
mak ckp,rezeki di mana2...mungkin utk sdpkn ati aku atau mungkin utk sdpkan ati sendiri...

aku ckp, np eh..tak sedap ati...
baru la dtg prsoalan, betul ke apa yg aku pilih? (pttny aku pk awal2 lg)

col mak (masa ni baru terasa aku perlukan seseorg utk bercerita..., tp col xbjawab.
dan akhirnya...blog jd mangsa...

Monday, August 24, 2009

novelku dtg lg...

"np nk tulih novel?"
"saya minat dgn penulisan, gaya ny bebas. sy bebas! sy sukakn kebebasan! yg penting sy menulis bila sy rs nak tulis...di dlm fantasi sy realitikn kisahny.sy kongsi cerita yg sy t'pk jln dan gayany...kdg2,sy terkongsi kisah sy,tp...sy dongengkn kisahny... sy bahagia bila menulis."

bab 4

Tahun 2008…
“Hari ni you all ada staff baru. Sila beri kerjasama. Ok?” Pn. Hasnah pengurus jabatan pelaburan bagi syarikat Setia Holdings memperkenalkan anak buah barunya pada pekerja-pekerja lain.
Wanita bergaya yang memimpin ucapan pagi mengakhiri briefing mereka dengan memperkenalkan gadis bertubuh kecil yang dibaluti dengan kurung riau biru laut.
Suria setiausaha peribadinya diarahkan untuk menerangkan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan sebagai pembantu tadbir di jabatannya.
“Saya Suria, panggil Kak Sue.” Bersopan wanita lewat 30-an memperkenalkan diri sambil menunjukkan tempat baru buatnya memulakan tugas. Suria tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
Suria berlalu, beberapa minit kemudian dia kembali bersama buku-buku yang digendong. Lima enam buah bilangannya.


“Bila kau dah mula kerja nanti. First and second week kau mesti bosan. Belambak-lampak buku yang kau kena hadap.”
Terkenang kembali kata-kata sahabat di kampung. Tersenyum mengingati wajah Zana yang terkejut bila disampaikan hasratnya untuk bekerja di bandar.
“Permohonan aku dah diterima. Lusa aku kena mendaftar. Aku apply pembantu tadbir. Gaji cukuplah untuk tampung hidup aku seorang. Tentang rumah sewa, pengangkutan janganlah kau risaukan. Aku tumpang rumah Kak Mimi anak Mak Ngah Siti” Terang Sara bertalu-talu. Dia yakin, Zana pasti marah. Dia langsung tidak pernah bercerita tentang niatnya untuk bekerja. Bukan dia hendak ketepikan Zana, tetapi Zana takkan faham...
“What!? How crazy you are…” Spontan mata Zana terbeliak. Tersedar bahasanya agak kasar. Cepat-cepat dia menutup mulutnya.
Terkejut benar dengan nekat yang dibulatkan Sara.
“Habis macam mana tawaran kau ke UiTM tu?” Riak kesal dan kecewa tergaris di wajah Zana.
“Aku dah tangguhkan…Aku nak kerja dulu. Nanti bila dah ada duit lebih, InsyaAllah aku sambung.” Terang Sara.


“Zana…kau takkan faham…”
“Excuse, me..,awak kata apa tadi? Akak tak dengar…” Suria menyoal, manis membahasakan dirinya akak.
“Oh, tak ada apa…” Sara tersedar, kembali ke alam nyata.
“Ni ada buku-buku tentang syarikat. Juga ada beberapa pamphlet yang menerangkan tentang syarikat dan jabatan kita. Seminggu dua ni, Sara study dulu.Hurm..sebelum tu…jom! Akak kenalkan dengan staff-staff kat sini.” Ramah Suria wanita berkaca mata dipandangannya.
“Wati, setiausaha kedua Pn. Hasnah. Nice meeting you!”
“Nice meeting you too!” Balas Sara.
“Nisa, pegawai tadbir. Welcome, join us!”
“Thank you”
Seorang demi seorang Sara diperkenalkan kepada rakan-rakan sepejabatnya.
“Kak Sue! Tak nak kenalkan saya jugak? Alah akak ni… mentang-mentanglah saya tersorok jauh kat sini.” Haris bersuara.
“Ops sori Ris…Akak tak perasan kau ada. Tulah selalu sangat hilang. Bukan lekat kat tempat kau tu ha...” Suria sedikit membebel.
“Haris Syafi!” Laung pemuda berbadan sasa dan sedikit berisi.
“Eleh…dia tu pantang nampak awek cun sikit.” Wati menjuihkan bibirnya.
“Yalah…tapi dah bujang terlajak pun…tak laku-laku lagi. Awek keliling pinggang.” Suria mencelah.
“Bukan tak nak kawin kak, tapi belum ada yang berkenan di hati ni.” Balas Haris mempertahankan diri.
“Sara! kau jangan layan sangat mamat tu. Kadang-kadang ayat je berbunga-bunga, bermadah… tak bole blah!..” Nisa yang sejak dari tadi membisu tidak mahu ketinggalan.
“Kau jeles kat aku cakap je lah…” Ketawa Haris tak mahu mengalah pada teman-temannya.
“Jeles? Tak ada maknanya aku nak jeleskan kau tu… Aku nak offerkan member aku, kau tak nak. Jual mahal konon…” Nisa tidak puas hati dengan tawa Haris yang semakin galak.
“Ntahnya..jual mahal! Nak kata kacak…hurm bole lah sposen..”Sambung Wati.
“Sudah lah tu..jangan nak sakat-sakat dia, Merah dah muka…” Suria memandang teman-temannya sebelum berlalu ke bilik Puan Hasnah.
“Mana ada merah… Tak baik buat aku macam ni tau…” Haris mencebikkan muka seperti merajuk.
Wati dan Nisa ketawa serentak. Disambut pula dengan staff-staff yang lain. Terasa puas kemenangan di pihak mereka.
Bukan senang untuk menyakat Haris Syafi jauh sekali untuk berdebat dengannya. Akan ada saja jawapan yang dibidasnya. Kadang-kadang menyakitkan hati. Namun, mereka akui, tanpa pemuda itu, pejabat mereka pasti sunyi. Tidak akan adalah madah berbunga–bunga pada waktu pagi sebelum memulakan tugasan mereka. Tidak akan adalah orang yang selalu mengusik teman-teman yang lain. Tetapi sikap bertanggungjawabnya tetap mengenangi hati mereka. Tugasan yang diberikan pasti akan siap sebelum waktunya.
“Guys..is everything’s allright, ehem?” Teguran Puan Hasnah yang tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya mematikan tawa mereka.
“Oh…okay! Everything’s allright ma’am”. Haris mengangkat tabik hormat pada ketuanya.
“Haris buli lagi ya? Soal Puan Hasnah yang seakan faham benar dengan anak buahnya yang seorang itu.
Hasnah mengagumi Haris. Kerja yang diberikan kemas dan siap pada waktunya.
Jawatan yang dipegang Haris sebagai penolong di bahagian pelaburan bukanlah disebabkan ayahnya, Dato’ Fuad kenalannya di universiti dulu. Tetapi, perwatakan Haris serta kebolehannya berkomunikasi yang menarik minat Hasnah untuk mengambil pemuda itu sebagai staff di jabatannya sewaktu menjadi panel penemuduga dua bulan lalu. Dia lebih senang memilih berdasarkan kebolehan diri mereka. Barulah product yang akan dihasilkan berkualiti dan yang paling penting, dia tidak berat sebelah.
“Eh..Tak adalah Puan…Hari ni kami yang buli dia.” Wati menjawab selamba dengan tawanya yang masih bersisa.
“Sure? Hai Ris…ada orang baru hari ni, kamu dah kena buli ya…” Sakat Puan Hasnah disambut dengan derai tawa anak buahnya.
“Ris, masuk bilik saya sebentar.” Puan Hasnah memanggil.
“Hah! habislah kau Ris, kan dah nak kena buang kerja…Tulah banyak sangat buat bising.” Nisa masih tidak berpuas hati, selagi ada peluang ingin disakat sepuas-puasnya.
“Jangan risau Nisa…pekerja berhemah macam aku takkan pernah kena buang.” Haris memberi jaminan sambil ibu jari diangkat tanda bagus. Memuji diri sendiri sebelum berlalu ke bilik bosnya.
“Uwekk…perasan!” Wati dan Nisa membalas serentak.
Dari sudut tempatnya, Sara memerhatikan gelagat teman-teman yang baru sebentar dikenalinya. Juga kemesraan Puan Hasnah dengan anak-anak buahnya.
Sara menyelak pamphlet dihadapannya. Terpandang pada sajak yang tergantung disisi meja. Tekun dia memahaminya.

Kawan!
Kemarin pergi tidak menunggu
Semalam sudah pun berlalu
Hari baru kembali berlagu

Tangan kuhulur ingin bersatu
Tanda persahabatan yang satu
Jangan disimpan sang ragu

Hati ikhlas dariku
Salam dihulur ikhlas buatmu
-Haris-

Sajak dihadapannya dibaca berulang-ulang, Tertancap mata pada nama yang tertera diakhir sajak.
“Haris?” Perlahan disebutnya.
“Pemelihara.” Selamba Haris yang entah dari mana, muncul. Berhadapan dengannya kini.
“Pemelihara?” Soal Sara.
“Ya pemelihara…Haris maksudnya pemelihara.” Jawab Haris.
“Dia memang macam tu Sara. Semua staff dah dapat sajak-sajak cinta dan tu untuk kau.” Balas Husna, pembantu tadbir yang duduk bertentangan dengan mejanya.
“Yap! Thanks Husna…” Semakin melebar senyuman Haris.
“Akan ku petik bintang-bintang…”Haris mendepangkan tangannya.
“Ah!sudah…Dia dah mula dah…Jom Sara! Lunch…Tak kuasa aku nak tengok mamat jiwang sorang ni…” Husna pantas menarik tangan Sara. Sesekali dikerlingnya kearah Haris yang terhinjut-hinjut menahan tawanya.
Wati mengelengkan kepalanya melihat kerenah Haris. Sukar untuk dia percaya, bakal pemegang ijazah dalam bidang guaman tetapi bersikap tidak matang seperti Haris.
“Hah! Tunggulah aku! Kesian lah aku kumbang seekor ni…” Teriak Haris bila tersedar ditinggalkan teman-temannya.

aku+org baru...

"Da esok pkul 9 ya?"
"Bole ja..ada apa mak cik?" Ida menyoal, hairan.
"Org baru tu nak dtg, so Da ajar lh dia apa yang patut."
"Bereh..." Ida memberi jaminan.

*********
28ogos dah kena col ke zonria confirmkn date 1sept leh stat kijo.
semalam dh sibuk2 msg ke cik zulia tanya sal status nterview paisley.

"salam, cik zulia agak2 saya dpt tak paisley?" Ida menekan 'send!' walau hati berbelah bhgi.
"sp ni? leh bg full name x?"

Aiiksss..lupe lak nak ltk nama. bajet cam femes la pulak!

"sori2... saya n.....s...z... yg dtg interview 17hb ritu. just nak cofirmkn dpt ke tak sbb kne cnsider kje lain."
"xtau la, en.samsul xbitau pape lg. lgpun big boss xde. awk dh dpt keje lain eyh?"
"a'ah, kne confirm 28 nie..tp sy lg prefer paisley sbb pkai blk bende yg sy blaja...agak2,ble sy leh taw?"
"xtau nak ckp la sbb boss pn blk 28hb ni. pastu baru dorg akn bincangkan. sy pn xtau nk ckp"

huhu...apa ptt aku buat da...??? ati berat ke paisley! dpt c2 kre ny kakiku sudah mlangkah ke arah 'researcher'... (kembali berangan)

"kamu minat apa?" Dr.bertany.
"saya lg prefer research Dr. kalau boleh saya nak sambung blaja dlm research."
Dr. mengangguk..

Tp..ada org ckp research ni xda limit. kalau amek research ntah ble bole siapkn. Aku pun pk...pk...dan pk...lg... sampai sekarang msih duk pk...
ye la, pk sebelum sampai waktu tu...

org ckp aku ni byk pk dr buat...hurm? aku pun makin rasa ada kebenarannya bila kaki dh melangkah ke alam 'tua'.

uiikss...(menampar pipi). persoalan yg utama belum trjwp!

sharian otak ligat cari jln.
dlm kepala nak tunda date stat kijo...ptt kah? i2 je jln yg aku nmpak...

Thursday, August 20, 2009



letak gamba yaya besaq2 kt sini..hehe bg kamu tahu! aku kangan bangat sama kamu...

wah! bosanny...

aik...lg novel minah nie... bosan!!
hehehehe....bc jgk..xkre! =p

bab 3 (sambungan)
MALAM, mereka solat Magrib berjemaah. Satu yang Hana kagum bila di rumah, abahnya lebih senang jika mereka solat berjemaah. Itu yang diajar abah sejak dari kecil.
Hana sering ingat tentang firman Allah yang selalu abahnya bacakan.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: ‘Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Al-Furqan: 74)

Kata abah, ahli rumah ibarat sebuah kapal yang dilempar jauh ditengah lautan, perlukan nakhoda untuk memandu arah pelayaran. Jika betul jalan yang dipimpin, sampailah ia ke tempat asalnya. Abah kaitkan pula dengan kisah Adam dan Hawa yang dilemparkan ke dunia. Bagi Hana panjang lebar manapun cerita dan nasihat abahnya, dia dan ibunya tidak pernah merasa bosan.
Usai solat Magrib, biasanya abahnya akan mengajar dia dan ibunya mengaji. Namun, semenjak dia tinggal di asrama, jarang sudah dia perdengarkan bacaan di depan abahnya. Walau pendidikan agama abah tidaklah setinggi mana, tetapi abah mampu menghafal hampir separuh surah-surah yang ada di dalam Kitab suci. Janji abah, dia ingin menghafal seluruh Kalam Tuhan itu untuk dibawa ke satu alam yang kekal kelak. Abah sentiasa berusaha mengingatinya. Di kebun juga terkadang tertangkap oleh Hana merdu suara abah mendendangkan hafalannya. Dalam solat juga, abah praktikkan hafalannya.
“Bacalah olehmu al-Quran, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membaca dan mengamalkan isinya… Sesiapa yang membaca satu huruf kitabullah (al-Quran), maka baginya satu kebajikan. Sedangkan kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kalinya. Aku tidak mengatakan “Aliflammim” satu huruf, bahkan Alif satu, Lam satu dan Mim satu huruf.” Bersungguh abahnya menerangkan satu persatu maksud sabda Ralulullah s.a.w ketika mereka menanti waktu Isya’.
Tamu yang hadir langsung tidak mengganggu rutin harian mereka. Evan dibiarkan berehat di beranda untuk tempoh waktu dari senja berlabuh sehinggalah mereka selesai Isya’. Kemudian mereka akan makan malam bersama dan Abd Halim akan menghabiskan malam bersama Evan di beranda. Aroma kopi panas yang menjadi peneman setia mereka. Bercerita sambil bergelak ketawa. Langsung tidak pernah kering soalan-soalan yang rancak mintakan kepastian dan penjelasan.
Sebelum jam sebelas berdetik. Abd Halim akan menghantar Evan ke rumah Samad, pemuda bujang yang tinggal seorang tidak jauh dari rumahnya. Bukan jauh, malah berjalanpun hanya selangkah dua.Tetapi Abd Halim tetap berkeras ingin menghantar dengan motor buruknya.


“Samad, Pak Ngah nak tumpangkan Evan untuk seminggu dua di rumah kamu. Boleh? Makan dan minumnya kamu tak usahlah risau. Tak manis pula bermalam di rumah Pak Ngah. Lagipun Hana dah balik sejak tamat SPMnya.” Abd Halim yang membahasakan dirinya Pak Ngah kepada semua pemuda kampungnya menyusun kata.
“Boleh Pak Ngah, tapi saya jarang ada di rumah. Nanti saya bagi kunci rumah pada Evan” Jawap pemuda itu. Ikhlas. Tugasannya sebagai anggota tentera yang menjaga sempadan sering menghambatnya untuk tidak lekat di rumah.


SEPASANG mata setia menjadi pemerhati pada pergerakan yang teratur, tersusun bagai dilatih. Kusyuk mata yang jatuh pada kain bercorak masjid.
“Sejadah” perlahan disebutnya.
Masih segar dalam ingatannya penjelasan Iskandar Shah sahabat baiknya di universiti yang berasal dari Jakarta Indonesia itu tentang solat. Malah, dalam diam dia mampu menghafalnya.
“Solat ialah berhadap hati kepada Allah, secara yang mendatangkan takut padaNya dan menumbuhkan di dalam hati rasa keagungan kebesaranNya serta kesempurnaan kekuasaanNya. Ringkas tetapi padat penjelasan dari Iskandar Shah.
Leka dia memerhati.
Sebentar dia berasa ada kedamaian pada pemilik hati yang sedang menghadap TUHAN mereka. Menyebut “Allah Hu Akbar…” setiap kali menukar pergerakan. Apa maksudnya? Berbisik sendiri. Layar ingatan kembali pada pelajaran Islamic yang pernah diambilnya di universiti juga ceramah-ceramah Iskandar Shah yang pernah diikutinya.
“Diam seketika sebelum memulakan pergerakan itu niat. Setiap sesuatu perlu dimulai dengan niat kemudian beriringan dengan Takbiratul Ihram “Allah Hu Akbar”.
“Allah Maha Besar.” jika tidak salah ingatannya itulah maksud yang ditangkap dalam ceramah pendek tentang solat yang disampaikan Iskandar Shah.
“Berdiri betul, sambil bibir basah dengan bacaan al-Fatihah ibu al-Quran. Kemudian Ruku’ badan dibengkokkan dan telapak tangan diletakkan di atas lutut. Diikuti dengan I’tidal bangun dari Ruku’ dan tegak kembali. Beberapa saat kemudian, sujud sambil dipacakkan kedua ibu jari kaki. Duduk antara dua sujud sambil tubuh dibiarkan dalam Thuma’ninah iaitu tenang dalam solat. Pergerakan yang sama diulang-ulang kemudian duduk bagi membaca Tahiyat, membaca Tahiyat Akhir, membaca solawat ke atas nabi dan diakhiri dengan memberi salam.” Satu persatu rukun solat yang masih segar dalam ingatannya dizahirkan kembali sewaktu memerhati tiga susuk tubuh yang sedang kusyuk.
Dia akui, selama dia belajar tentang Islam di negaranya, ada kebenaran yang semakin kuat tentang agama yang satu itu. Cuma dia harus merasainya sendiri nikmat manisnya agama itu seperti yang selalu dibacanya dalam buku teks Islamic.
Dia pernah terbaca tentang Malaysia. Sebuah Negara Islam yang dikongsi bersama penduduk berbagai bangsa dan kaum. Hidup dalam harmoni dan aman damai. Sungguh, dulu dia pernah menghitung hari untuk sampai ke negara ini. Bila saja ada program pertukaran pelajar Scottland-Malaysia di universitinya, dia sedaya berusaha untuk menyertainya. Beribu-ribu pun wang ringgit yang terpaksa dilaburkan malah walau terpaksa motor BMW R90S kesayangan yang dihadiahkan ayahnya dijual, dia sanggup! asalkan dapat mencari kebenaran yang sukar digali di tempatnya sendiri.
Hidup sebagai anak seorang bussinesman yang punya harta bertimbun, tidak memberi makna apa-apa jika bahagia yang didamba tak mampu dikecap. Rumah besar milik ayahnya di Scottland terasa sunyi tanpa bahagia. Jauh berbeza rumah yang dihuninya kini. Walaupun beratapkan zink, beralaskan papan, ketenangan jua yang terpancar dari segenap pelusuk ruang rumah dan yang paling penting, itulah yang dicarinya selama ini.
Termenung di jendela, memandang jauh ke langit yang terbentang. Cantik! Terpandang pada taburan bintang yang menghiasi dada langit. Dalam hati, kagum dengan alam yang terbentang. Dia yakin! pasti ada satu kuasa yang mengawal alam ini. Selalu jiwanya memberontak mintakan kepastian.
Tertangkap olehnya suara lunak membaca ayat suci mereka. Mata dipejamkan rapat. Terasa ada ketenangan yang menyerap ke dalam seketul daging, Hati! Bertahun dia mencari rasa yang satu ini, dan kini dia sudah temui. Dihayatinya bacaan yang mendayu. Walau tidak faham sepatah kuman. Namun, bacaan itu mampu membawa diri ke suatu destinasi yang pasti. Terasa bagai direntap dari mimpi.
“Ya TUHANku…pimpinlah aku ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau beri rahmat, jalan yang Engkau redhai.” Mengulang kembali akhir doa yang selalu dibaca Iskandar Shah diakhir solatnya.
Jiwanya kini terisi. Tanpa disedari ada air jernih yang mengalir. Cepat disekanya. Bimbang ada mata yang terpandang. Lelaki seegonya mampu menangis. Betapa besarnya kuasaMu TUHAN.

lagi...lagi..

hari nie byk cket aku post... nak cover novel lepas yg sukati jerk aku delete! huhu..ni lah ny benefit keja sindri! kan? kan?

bab 3
Tahun 1985…

MATA Hana tertumpu ke sungai di belakang rumahnya. Leka benar pemuda berkulit cerah, bermata biru melihat anak-anak kampung bermain. Pohon besar yang tumbuh merendang terarah ke sungai dijadikan papan anjal mereka untuk membuat terjunan. Riuh-rendah, ada yang bersorak, ada bertepuk, kagum dengan rakan yang menunjukkan aksi.
Hampir seminggu pemuda asing itu tinggal di kampungnya. Teringin benar Hana untuk mengetahui latar belakang, mengajukan soalan demi soalan. Tetapi, semuanya terpaksa dipendamnya sendiri kerana tidak punya ruang. Terkadang apabila terlihat abahnya berbual dengan pemuda itu di beranda, ingin sekali dia menyertai mereka. Namun, malu sering menghalangi niatnya. Hanya sekadar menghantar minuman dan sedikit kuih, dia berlalu kembali ke dapur. Sempat dikerlingnya, membalas sekerat dua senyuman sudah cukup memadai sebagai tanda perkenalan. Begitulah hari-hari yang dilalui sejak pemuda itu dijadikan anak angkat ibu dan abahnya.
Di sudut ruang tamu, Hana mencuri berselindung di balik daun pintu. Menjadi pemerhati yang setia, menilai setiap butir tutur bicara. Dalam diam, dia mengagumi pemuda itu. Petah benar berbahasa Melayu. Lebih mengagumkan Hana, baru seminggu di situ, dia sudah berjaya mengambil hati abahnya. Bukan senang hati keras milik Abd Halim bekas polis itu ditawan, tambahan pula pemuda sebayanya yang dianggap tidak boleh diberi muka. Jarang benar untuk melihat abahnya tersenyum sejak disahkan buta sebelah mata. Namun, dengan pemuda itu, segalanya berubah. Ibunya juga, kerap benar nama pemuda itu disebut-sebut. Mungkin sikap peramah dan ringan tulangnya yang menambat hati ibu barangkali.
“Moyang abah asal dari Pakistan, pembuat kopiah. Kemudian turun ke abah yang mewarisinya. Kami beniaga kecil-kecilan. Sampailah abah berkahwin dengan mak kamu tu orang Jawa. Abah minta jadi polis bantuan cukuplah untuk menampung makan minum kami anak-beranak. Belakang rumah, abah ada tanam sayur-sayuran, cili, terung, kacang panjang. Jadi, tak perlulah kita beli lagi.” Tidak kekok Abd Halim membahasakan dirinya abah pada pemuda yang baru seminggu dikenalinya itu. Bercerita panjang lebar sambil telunjuk menuding ke arah kebun sayur miliknya.
Walau penglihatan sempurna Abd Halim ditarik, itu tidak menjadi penghalang buatnya. Ketabahan hatinya tetap ada. Dia tidak senang dituduh tidak bertanggungjawab. Selepas berhenti dari polis, dia bercucuk tanam. Pokok pisang tanduk menjadi pilihannya. Disaling pula dengan sayur kangkong, bayam, kacang panjang, terung, tomato dan cili. Kadang sayur-sayuran berlebihan, dijualnya di kedai runcit Pak Andak. Hasilnya dia beri pada isterinya buat belanja dapur. Tanah sawah yang sekangkang kera milik mereka pula dipajak kepada Pak Alang, anak saudara sebelah moyangnya. Walau ikatan yang agak jauh, hubungan saudara mereka masih rapat.
“Jadi abah ada saudara di Pakistan?” Soal pemuda itu yang sentiasa inginkan kepastian.
“Kalau ada pun, dah tak kenal. Moyang abah datang ke sini sebagai pendatang. Dulu zaman penjajah, ramai orang luar dibawa masuk ke sini untuk dijadikan buruh. Anak-anak yang lahir mendapat kewarganegaraan. Jadi penduduk yang asal sangat sedikit berbanding dengan orang luar dan susah untuk dipastikan… Orang asli mungkin.” Abd Halim ketawa. Geli hati barangkali dengan andaian sendiri.
Hana turut tersenyum bila melihat keceriaan abahnya menyisih sepinya untuk beberapa tempoh yang dia sendiri tidak pasti.
Cerita tentang asal usul moyang mereka menjadi topik perbualan petang itu. Selepas satu cerita, satu cerita lagi dikorek pemuda tersebut. Sehinggalah cerita tentang kehidupan zaman penjajahan Jepun.
“Kalau tak salah abah, empat belas hari Jepun tawan negara ini. Selama itulah penduduk hidup dalam ketakutan. Bila dengar kapal terbang, kami lari lintang-pukang bersembunyi dalam lubang yang kami gali. Takut dilontar bom. Makanan rutin pula ubi kayu yang dibakar atau direbus dan dicicah garam.” Bersemangat Abd Halim bercerita sambil tangan dihayun ke kanan dan ke kiri menerangkan tentang kisah silam hidupnya dulu.
Tekun benar pemuda di depannya mendengar. Ada saja soalan yang teluncur laju dari bibirnya yang merah bak delima. Rambutnya pula yang tersisir rapi menonjolkan lagi ketampanannya. Hana leka memerhati. Tanpa disedari hatinya terpaut pada si empunya diri.
Bila mata mereka bertaut, hati Hana berdebar kencang…
“Oh Tuhan, benarkah apa yang ku rasakan ini? Andai ini bisikan Syaitan kau jauhkanlah.” Doa Hana dalam hati.
Kerap juga Hana terdengar soalan-soalan tentang Islam yang pemuda itu ajukan kepada abahnya. Berasa sangsi, namun tidak pula hatinya terdetik untuk bertanya.
“Hana!”
Laungan ibunya dari dapur mematikan lamunannya. Kembali ke alam realiti.
“ya bu…”disahut ringkas.
“Tolong kutip pucuk ubi, hari ni ibu nak ajar Evan makan ulam.” Jelas ibunya tanpa dipinta.
Bangun lantas menuju ke pintu dapur. Dikuaknya pintu kayu yang uzur dimakan usia.
“Can I help you miss?”. Tersenyum manis.
“Mak!” Terkejut hampir luruh jantungnya dek sapaan pemuda itu tiba-tiba yang tersembul di muka pintu.
Terkocoh-kocoh ibunya mendapatkan Hana, bimbang jika apa-apa terjadi pada anak gadisnya itu.
“Ingatkan apa tadi. Evan rupanya...” sambil mengusap dada. Berlalu kembali ke dapur menyiapkan tugasan.
Hana tertunduk malu. Mukanya merah…Hana senyum. Evan turut tersenyum.
Mereka berjalan beriringan ke kebun abah.
“You look sweet wearing this selendang.” Puji Evan ikhlas.
“Thanks.” Ringkas dijawab.
“Why you need to wear it even in your own house?” Berkerut wajah Evan sambil muncung terarah pada tudung yang dibiarkan Sara jatuh menutup dadanya.
Sebenarnya sudah lama soalan itu disimpan. Ingin juga diajukan pada ayah angkatnya. Namun, seringkali dia terlupa. Bila berdepan dengan lelaki separuh abad itu, segala soalan yang mengasak benak fikirannya hilang. Leka mendengar penerangan dan cerita-cerita yang tak kering dari bibir tua itu.
“Sebab you.” Hana menjawab selamba.
“Why? Saya bukan Islam, then you perlu pakai itu all the time? Jelas wajah yang mintakan penjelasan.
Walau dia petah berbahasa Melayu, loghat mat Salehnya tetap pekat.
“Not because of that...I meant..” Sara memandang ke atas, lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Menjelaskan tentang hukum pada lelaki bukan seagama pasti sukar, dia perlu berhati-hati. Panjang lebar manapun pasti pemuda itu tidak akan faham isi butirnya. Malah, Hana yakin pasti jawapannya nanti akan diiringi dengan soalan. Hana perlu memikirkan ayat yang ringkas yang terkandung makna yang mudah difahami.
“Wanita Islam seperti saya perlu menjaga aurat. Tambahan pula bila berhadapan dengan lelaki bukan muhrim.”
“What aurat? urat? bukan muhrim?” Dahinya dikerutkan.
Terhambur tawa Hana. Geli hati mendengar Evan yang cuba membetulkan sebutannya. Sambil tangannya sibuk mematah-matahkan pokok-pokok ubi kayu yang tumbuh meliar. Seingatnya hanya sebatang dua yang ditanam dulu, tetapi berimbum pula yang tumbuh.
“Aurat…Aurat maksudnya kawasan-kawasan yang perlu dijaga, dilindungi dan ditutupi…Dan bukan muhrim tu lelaki yang boleh dikahwini.” Tangan digerakkan bersama nada yang lancar dari bibir mungil gadis itu. Sezarah pun tak ubah seperti ayahnya. Yakin dan bersemangat bila menerangkan sesuatu.
“Why you need to care for all that? Merenung wajah gadis manis dihadapannya.
“Why your house ada dinding? Sebab nak jaga, nak lindung, so kena tutup… didindingkan, dipintu dan dipagar…Why?

Hana menghamburkan soalan yang Ustaz Jamal perdengarkan dalam ceramahnya minggu lepas. Walau dia sendiri tidak jelas akan maksud analogi itu. Sengaja ingin membiarkan Evan memikirkannya. Tersenyum dan berlalu ke dapur.

Sara...

Novel dh byk update, tapi xsmpt upload ke blog... bole nak kata hari2 aku ulang bc! nek muak aku..haa~ kdg2 perasan bes pun ada jgk..keee...blah!

bab 2 (sambungan)
PETANG itu Zana datang menjenguk, Baginya, Zana sahabat yang baik. Susah dan senang mereka bersama. Teringat dulu tika Aizat datang melamar, dialah tempat Zana, ibu beranak dua itu melepaskan rasa. Kisah cinta zaman monyet mereka sehinggalah kisah rumah tangga, semua Sara simpan. Tersenyum sendiri, terasa kagum dengan sahabatnya itu, lima tahun bercinta dan kekal sampai sekarang, berkahwin dan beranak.


“Sara!!” Laung Zana.
“Opocot! alamak!… kan dah terlepas, kau punya pasal lah ni…tak pasal-pasal aku kempunan nak makan ikan pekasam nenek.” Ikan Lampam terlepas dari genggaman.
“Aduh!” Kalau ye pun kau kempunan jangan la cubit aku,haa..berbisa betul..” Mengusap-usap kesan cubitan di lengan.
“Tengok! Dah lari haa...”Keluh Sara.
“Ala kau ni…nanti aku belikan kau seratus bungkus ikan pekasam, nak!? Haha.. Heran aku, apa la yang sedap sangat dengan pekasam tu...”
“Tak sama, nenek aku buat lagi sedap tau…Harapkan kau, ntah bila dapat aku rasa pekasam kau, kan?” Sara menjuihkan lidah mengingatkan azam Zana yang ingin belajar dengan nenek untuk membuat pekasam.
“Iya la…aku tengah sibuk sekarang ni..nanti aku ada masa lapang aku belajar. Ok sayang?” Tersengih menampakkan gigi putih bersih.
“Hah! Sejak bila pulak aku jadi sayang kau ni ha…mak cik? Aizat kau cemburu nanti…”
“Kau ni macam nenek kebayan la…macam tahu je niat aku”
“Aku kenal kau tu, kalau pelik sikit…tak lain la, pasti pasal Aizat. Lapan tahun aku kenal kau Zana…” Lapan jari diangkatnya hampir ke muka Zana.
“Hehe..pandai kau. Malam tadi keluarga Aizat datang....”
“Habis tu? Macam kau tak biasa bakal mertua kau tu datang ea…” Sampuk Sara.
“Keluarga Aizat datang merisik aku…” Zana jadi sebak, terdiam seketika.
Tersenyum memandang sahabatnya itu sebelum disongsong ke dalam dakapan dan dipeluknya erat. Terdengar esakan kecil. Sara tahu itu air mata kegembiraan yang tak dapat digambarkan dek kata-kata. Bertahun saat itu dinantikan Zana dan akhirnya terbuka hati Aizat untuk miliki Zana sebagai haknya.


“Woit! Apa yang kau menungkan tu ha...” Zana menepuk lembut bahu Sara. Punggung dilabuhkan ke tangga kayu disisi Sara.
“Tak adalah…” Sara senyum, tetapi jelas menampakkan senyuman yang dibuat-buat.
Surat berpindah tangan. Dibuka dengan penuh tanda tanya. Butir-butir ayat dihayati. Sekejap-sekejap dahi dikerutkan.
“Sara, betul aku tak faham. Apa maksud Mama kau? Dia ada duit, rumah, harta, keluarga, tapi kenapa dia sanggup biarkan anaknya terkontang-kanting seorang di sini?” Zana mengeluh, langsung dia tidak faham dengan situasi keluarga sahabatnya itu.
“Aku nak ke Scottland, cari ayah…” Kedengaran suara Sara. Lemah sekali.
Ditenungnya dalam-dalam ke wajah manis gadis kacukan itu, kekusutan jelas terpancar diwajah. Kasihan benar dia pada kehidupan Sara. Jauh benar berbeza dengan hidupnya. Walau hidup dalam keluarga sederhana, tetapi dia punya suami dan anak-anak kecil, ibu dan ayah serta tiga abang dan dua kakak yang boleh dijadikan tempat mengadu. Bertuah benar rasanya diri jika dibandingkan dengan Sara yang tidak punya tempat bergantung. Rasanya, ingin sekali dia kongsikan segalanya bersama. Namun, kedegilan Sara yang menghalangi niat baiknya untuk mengajak Sara tinggal di rumah orang tuanya. Sekurang-kurangnya ibu ada teman berbual bila ayah ke kebun. Jauh disudut hati, dia bimbangkan keselamatan Sara tinggal seorang bila malam menjengah.
“Kau tahu dia tinggal di mana? Scottland tu besar, aku tak yakin kau boleh jumpa ayah kau. Lagipun, dah berbelas tahun! Kalau dia masih ingatkan kau, dah tentu dia pulang ke sini.” Protes Zana, ada rasa marah tetapi cuba disembunyikan.
“Tapi…” Sara terdiam, kelu untuk meneruskan kata-kata. Terasa ada benarnya kata-kata Zana.
“Aku tak izinkan!” Lagak Zana seperti ibu yang risaukan anaknya.
Buka niat Zana untuk menghalang, jauh sekali untuk campur tangan urusan keluarga Sara. Tetapi mustahil baginya membiarkan sahabat merantau seorang ditempat yang terlalu asing. Tambahan, amarahnya pada ibu bapa Sara dari dulu sejak dia kenal Sara, dialah tempat Sara meluahkan rasa rindu dendam pada ibu bapanya. Dia yang menyaksikan kisah hidup Sara untuk lapan tahun itu, susah payah nenek. Sebak untuk dikenang kembali.

aku kembali...

huhu..udah lama ku x mmblog!
bukan bz, tp kemudahn tknologi yg dh dpotong + mls nk update kt cc, buang duit jerk!kih..kih..=p bek buat benda2 yg lg pekdah! kn? cam cari keja..heeee~ wuu~~
men submit je ha resume..ntah sampai kat mana2 pun aku dh xingt... yg penting paisley cnsultant dah pangey intebiu, n zonria sdn bhd pun dh ofer kijo stat 1 sept nie..
skang aku lekat lagi kt stokis Mayfirst as promoter! skali lg inginku bold kn!! MAYFIRST! sihat.cantek.hebat.
so kpd sesapa yg agak2 nk kurus tu sila cari aku...=) btol xtipu! promosi bln OGOS Slimline nanoFIR (ala...bju yg ketat tu..) dri rm235 trun ke rm176.5 (harga ahli)-gambar xley letak,seksi!..huhu.. produk2 lain (untuk cantek,kuat dll) sila cntact aku.okeh!!
hah! lupa nak habaq! untuk mengelakkan jangkitan H1N1, Mayfirst OLIVE OLEO sgt berkesan-extrak daun zaitun+pudina. HArga pengenalan rm85(harga ahli) CEPAT!CEPAT!CEPAT! untuk bulan ogos ni...
Produk DCL,HPA,HR,Golden Health,Ustaz Suhaimi,Ag2000,Healin...klo sp2 nak produk,contact aku pun ok jgk..heee~=)