hari nie byk cket aku post... nak cover novel lepas yg sukati jerk aku delete! huhu..ni lah ny benefit keja sindri! kan? kan?
bab 3
Tahun 1985…
MATA Hana tertumpu ke sungai di belakang rumahnya. Leka benar pemuda berkulit cerah, bermata biru melihat anak-anak kampung bermain. Pohon besar yang tumbuh merendang terarah ke sungai dijadikan papan anjal mereka untuk membuat terjunan. Riuh-rendah, ada yang bersorak, ada bertepuk, kagum dengan rakan yang menunjukkan aksi.
Hampir seminggu pemuda asing itu tinggal di kampungnya. Teringin benar Hana untuk mengetahui latar belakang, mengajukan soalan demi soalan. Tetapi, semuanya terpaksa dipendamnya sendiri kerana tidak punya ruang. Terkadang apabila terlihat abahnya berbual dengan pemuda itu di beranda, ingin sekali dia menyertai mereka. Namun, malu sering menghalangi niatnya. Hanya sekadar menghantar minuman dan sedikit kuih, dia berlalu kembali ke dapur. Sempat dikerlingnya, membalas sekerat dua senyuman sudah cukup memadai sebagai tanda perkenalan. Begitulah hari-hari yang dilalui sejak pemuda itu dijadikan anak angkat ibu dan abahnya.
Di sudut ruang tamu, Hana mencuri berselindung di balik daun pintu. Menjadi pemerhati yang setia, menilai setiap butir tutur bicara. Dalam diam, dia mengagumi pemuda itu. Petah benar berbahasa Melayu. Lebih mengagumkan Hana, baru seminggu di situ, dia sudah berjaya mengambil hati abahnya. Bukan senang hati keras milik Abd Halim bekas polis itu ditawan, tambahan pula pemuda sebayanya yang dianggap tidak boleh diberi muka. Jarang benar untuk melihat abahnya tersenyum sejak disahkan buta sebelah mata. Namun, dengan pemuda itu, segalanya berubah. Ibunya juga, kerap benar nama pemuda itu disebut-sebut. Mungkin sikap peramah dan ringan tulangnya yang menambat hati ibu barangkali.
“Moyang abah asal dari Pakistan, pembuat kopiah. Kemudian turun ke abah yang mewarisinya. Kami beniaga kecil-kecilan. Sampailah abah berkahwin dengan mak kamu tu orang Jawa. Abah minta jadi polis bantuan cukuplah untuk menampung makan minum kami anak-beranak. Belakang rumah, abah ada tanam sayur-sayuran, cili, terung, kacang panjang. Jadi, tak perlulah kita beli lagi.” Tidak kekok Abd Halim membahasakan dirinya abah pada pemuda yang baru seminggu dikenalinya itu. Bercerita panjang lebar sambil telunjuk menuding ke arah kebun sayur miliknya.
Walau penglihatan sempurna Abd Halim ditarik, itu tidak menjadi penghalang buatnya. Ketabahan hatinya tetap ada. Dia tidak senang dituduh tidak bertanggungjawab. Selepas berhenti dari polis, dia bercucuk tanam. Pokok pisang tanduk menjadi pilihannya. Disaling pula dengan sayur kangkong, bayam, kacang panjang, terung, tomato dan cili. Kadang sayur-sayuran berlebihan, dijualnya di kedai runcit Pak Andak. Hasilnya dia beri pada isterinya buat belanja dapur. Tanah sawah yang sekangkang kera milik mereka pula dipajak kepada Pak Alang, anak saudara sebelah moyangnya. Walau ikatan yang agak jauh, hubungan saudara mereka masih rapat.
“Jadi abah ada saudara di Pakistan?” Soal pemuda itu yang sentiasa inginkan kepastian.
“Kalau ada pun, dah tak kenal. Moyang abah datang ke sini sebagai pendatang. Dulu zaman penjajah, ramai orang luar dibawa masuk ke sini untuk dijadikan buruh. Anak-anak yang lahir mendapat kewarganegaraan. Jadi penduduk yang asal sangat sedikit berbanding dengan orang luar dan susah untuk dipastikan… Orang asli mungkin.” Abd Halim ketawa. Geli hati barangkali dengan andaian sendiri.
Hana turut tersenyum bila melihat keceriaan abahnya menyisih sepinya untuk beberapa tempoh yang dia sendiri tidak pasti.
Cerita tentang asal usul moyang mereka menjadi topik perbualan petang itu. Selepas satu cerita, satu cerita lagi dikorek pemuda tersebut. Sehinggalah cerita tentang kehidupan zaman penjajahan Jepun.
“Kalau tak salah abah, empat belas hari Jepun tawan negara ini. Selama itulah penduduk hidup dalam ketakutan. Bila dengar kapal terbang, kami lari lintang-pukang bersembunyi dalam lubang yang kami gali. Takut dilontar bom. Makanan rutin pula ubi kayu yang dibakar atau direbus dan dicicah garam.” Bersemangat Abd Halim bercerita sambil tangan dihayun ke kanan dan ke kiri menerangkan tentang kisah silam hidupnya dulu.
Tekun benar pemuda di depannya mendengar. Ada saja soalan yang teluncur laju dari bibirnya yang merah bak delima. Rambutnya pula yang tersisir rapi menonjolkan lagi ketampanannya. Hana leka memerhati. Tanpa disedari hatinya terpaut pada si empunya diri.
Bila mata mereka bertaut, hati Hana berdebar kencang…
“Oh Tuhan, benarkah apa yang ku rasakan ini? Andai ini bisikan Syaitan kau jauhkanlah.” Doa Hana dalam hati.
Kerap juga Hana terdengar soalan-soalan tentang Islam yang pemuda itu ajukan kepada abahnya. Berasa sangsi, namun tidak pula hatinya terdetik untuk bertanya.
“Hana!”
Laungan ibunya dari dapur mematikan lamunannya. Kembali ke alam realiti.
“ya bu…”disahut ringkas.
“Tolong kutip pucuk ubi, hari ni ibu nak ajar Evan makan ulam.” Jelas ibunya tanpa dipinta.
Bangun lantas menuju ke pintu dapur. Dikuaknya pintu kayu yang uzur dimakan usia.
“Can I help you miss?”. Tersenyum manis.
“Mak!” Terkejut hampir luruh jantungnya dek sapaan pemuda itu tiba-tiba yang tersembul di muka pintu.
Terkocoh-kocoh ibunya mendapatkan Hana, bimbang jika apa-apa terjadi pada anak gadisnya itu.
“Ingatkan apa tadi. Evan rupanya...” sambil mengusap dada. Berlalu kembali ke dapur menyiapkan tugasan.
Hana tertunduk malu. Mukanya merah…Hana senyum. Evan turut tersenyum.
Mereka berjalan beriringan ke kebun abah.
“You look sweet wearing this selendang.” Puji Evan ikhlas.
“Thanks.” Ringkas dijawab.
“Why you need to wear it even in your own house?” Berkerut wajah Evan sambil muncung terarah pada tudung yang dibiarkan Sara jatuh menutup dadanya.
Sebenarnya sudah lama soalan itu disimpan. Ingin juga diajukan pada ayah angkatnya. Namun, seringkali dia terlupa. Bila berdepan dengan lelaki separuh abad itu, segala soalan yang mengasak benak fikirannya hilang. Leka mendengar penerangan dan cerita-cerita yang tak kering dari bibir tua itu.
“Sebab you.” Hana menjawab selamba.
“Why? Saya bukan Islam, then you perlu pakai itu all the time? Jelas wajah yang mintakan penjelasan.
Walau dia petah berbahasa Melayu, loghat mat Salehnya tetap pekat.
“Not because of that...I meant..” Sara memandang ke atas, lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Menjelaskan tentang hukum pada lelaki bukan seagama pasti sukar, dia perlu berhati-hati. Panjang lebar manapun pasti pemuda itu tidak akan faham isi butirnya. Malah, Hana yakin pasti jawapannya nanti akan diiringi dengan soalan. Hana perlu memikirkan ayat yang ringkas yang terkandung makna yang mudah difahami.
“Wanita Islam seperti saya perlu menjaga aurat. Tambahan pula bila berhadapan dengan lelaki bukan muhrim.”
“What aurat? urat? bukan muhrim?” Dahinya dikerutkan.
Terhambur tawa Hana. Geli hati mendengar Evan yang cuba membetulkan sebutannya. Sambil tangannya sibuk mematah-matahkan pokok-pokok ubi kayu yang tumbuh meliar. Seingatnya hanya sebatang dua yang ditanam dulu, tetapi berimbum pula yang tumbuh.
“Aurat…Aurat maksudnya kawasan-kawasan yang perlu dijaga, dilindungi dan ditutupi…Dan bukan muhrim tu lelaki yang boleh dikahwini.” Tangan digerakkan bersama nada yang lancar dari bibir mungil gadis itu. Sezarah pun tak ubah seperti ayahnya. Yakin dan bersemangat bila menerangkan sesuatu.
“Why you need to care for all that? Merenung wajah gadis manis dihadapannya.
“Why your house ada dinding? Sebab nak jaga, nak lindung, so kena tutup… didindingkan, dipintu dan dipagar…Why?
Hana menghamburkan soalan yang Ustaz Jamal perdengarkan dalam ceramahnya minggu lepas. Walau dia sendiri tidak jelas akan maksud analogi itu. Sengaja ingin membiarkan Evan memikirkannya. Tersenyum dan berlalu ke dapur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment