"Sabahat", masa sekolah rendah kerap aku dengar perkataan nie, masuk sekolah menengah dah makin kurang dan berkurang..
Masyarakat sekarang dah semakin lupa tentang erti 'sahabat' Masing-masing sibuk mengejar dunia.. salahkah aku??
Teringat sahabat aku berdua...sangat rindu zaman sekolah. Masa yang sangat banyak boleh diluangkan.
Semalam msg Naz, tanya khabar..col Za jugak..lama menyepi...Perubahan Za yang sangat aku kagum. Alhamdulillah...(bertudung labuh, bertutup dah kemas).
Siti Nornazua bt Hashim & Nurul Izza Nadia bt Shuhaimi InsyaAllah nama yang akan selalu aku ingat.
Zaman dulu, main alur belakang taman, turun bendang (sawah) depan rumah aku (lawan pacat sambil tarik-tarik ekor), turun huma(kebun) tok, bawak naik sampan, korek ubi kayu + makan ubi kayu bakar, main gerek (basikal), main gelongsor besar depan SKAAT, turun training teakwondo...=)
bila gaduh, sampailah surat cinta Naz. =)
Sekarang masing-masing dah bawak haluan sendiri..Jururawat,Kaunselor,Penyelidik..Alhamdulillah..
Semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat.
Bab 1 (sambungan)
Tahun 2008…
"Kita hanya merancang, DIA juga yang menentukan segalanya".
Ucapan yang lancar dari mulut Sara. Sebak hati melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku. Belum pun sempat janji dikota, nenek pergi dulu menghadap ILAHI. Perginya tidak akan kembali.
"Maaf Sara, Mama tak sempat pulang awal..." Datin Hana cuba memeluk anaknya.
Pasrah melihat ibu yang sekadar pada nama. Berbelas tahun lamanya, satu tempoh masa yang cukup untuk dia melupakan status dan pangkat ibu pada wanita yang berdiri di depannya kini. Sara tahu, berdosa besar derhaka pada ibu,tapi.. hatinya sayu, pedih benar bila diingatkan sepanjang tempoh hidupnya neneklah yang bersusah payah membesarkan Sara. Beban dan tanggungjawab nenek yang galas. Biarlah kali ini seperti juga selalu ego yang merajai diri.
"Kenapa Mama pulang? Sara mampu uruskan semua, Sara mampu Ma…Sara tak perlukan sesiapa". Tersekat-sekat Sara menyusun kata.
Janggal benar rasanya hendak disebut ‘Mama’.Tapi rasa hormat masih ada dalam diri. Itupun nenek yang ajar. Nenek tak putus-putus cerita semua yang baik pasal Mama. Seingat Sara, tidak pernah sekalipun yang buruk nenek sampaikan tentang mamanya.
Malam, majlis Tahlil buat arwah nenek, semoga nenek ditempatkan bersama orang-orang mukmin, tenang dan aman di alam sana. Selesai majlis, sedikit jamuan makan disediakan buat tetamu yang hadir. Perlahan Sara berjalan menuju ke bilik. Bilik arwah nenek yang dikongsi bersama sejak bertahun. Bukan Sara tidak punya bilik sendiri, tetapi dia lagi senang tidur dengan nenek. Dengar cerita nenek, nasihat nenek, terkadang sampai Sara terlelap.
Terpandangnya potret dia dan nenek yang diambil sewaktu hari dia menerima anugerah pelajar terbaik PMR di sekolahnya dulu. Segalanya mengundang duka. Air matanya jatuh lagi.
"Sara rindukan nenek." Dalam sebak Sara memandang sepi pada kenangan yang tinggal.
Tak henti-henti air mata yang bertakung mengalir turun, puas diseka di kelopak mata, namun semakin laju merembes. Sara cuba menarik nafas panjang meredakan hati yang lara.
"Nenek dah pergi Sara, biarkan dia pergi dengan tenang. Kita yang hidup teruskan hidup. Sampai satu masa kita akan ikut jejak nenek.”
Kawan baiknya Zana dipeluk erat. Seperti ingin saja dikongsi rasa. Baginya, sekarang dia sudah tidak punya sesiapa. Selesai majlis Tahlil, Mama akan pergi. Pulang entah ke mana Sara sendiri tidak pasti dan tidak juga dia ingin tahu. Biarpun darah Mama yang mengalir dalam diri, Mama tetap orang asing. Orang yang tidak pernah ambil tahu tentang hidup Sara, hati Sara. Ingin saja dia menangis semahu-mahunya. Namun, air matanya sudah kering. Matanya sudah bengkak, merah bagai diserang sakit mata.
“Kenapa aku?” Rintih Sara.
"Tak baik kau meratapi nenek yang dah pergi Sara, redha dengan takdir. Aku sentiasa ada bila kau perlukan teman". Pujuk Zana seperti memujuk anak kecil. Diusapnya
lembut belakang Sara.
Janji TUHAN bila saat kematian tiba, tidak akan dilambatkan ataupun dipercepatkan walaupun sesaat.
“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditentukan oleh Allah).”
(ali-Imran:145)
Sara bangun menuju ke bilik air. Sara mengambil wuduk. Di saat seperti ini, Sara perlukan ketenangan dan dengan berwuduklah hati seseorang akan tenang. Pesan Ustaz Rahman terngiang-ngiang di kepala. Selesai berwuduk Sara kembali ke ruang tamu. Tetamu yang hadir tak putus-putus mengucapkan takziah. Namun, belum cukup untuk meredakan sedih yang bersarang.
“Sabarlah wahai hati” Sara cuba menggali kekuatan diri.
Mama di sudut ruang tamu ditenungnya lama. Ada rasa kesal diraut wajah Mama. Senyuman yang terukir jelas menampakkan rasa bersalah Mama.
"Dah banyak kali Mama cuba hampiri Sara, Tapi, makin Mama dekat Sara cuba menjauh. Sara marah pada Mama?". Getar suara Datin Hana semakin jelas.
"Tak lah, Sara siapa nak marah pada Mama?"
"Maafkan Mama Sara, bukan niat Mama untuk tinggalkan Sara. Bukan niat Mama untuk tidak ambil tahu hidup Sara. Mama terpaksa. Mama sayangkan Sara. Mama sayangkan nenek kamu. Tapi takdir yang begini.." Tangan Datin Hana semakin erat mencengkam bahu anaknya.
"Siapa Mama untuk salahkan takdir? Mama lahirkan Sara, tapi Mama sanggup abaikan Sara!". Tersedar suara semakin meninggi. Sara kembali membisu tertunduk ke lantai.
"Mama perlukan masa Sayang, untuk jelaskan semua ini. Berikan Mama masa..Tiba waktunya nanti, Sara akan tahu duduk keadaan sebenar. Maafkan Mama Sayang". Balas Datin Hana dalam sebak yang semakin mencengkam.
PAGI selepas Subuh, Sara kembali ke dapur mengemaskan sisa pinggan-mangkuk kotor yang masih berbaki. Selesai tugas, Sara menjenguk ke peti jika ada makanan yang boleh dibuat sarapan. Terpandang pada jendela yang terbuka luas, sesusuk tubuh berteleku di pangkin menghadap ke sawah.
"Apa sedang Mama fikir?" Sara bertanya pada diri.
Walaupun hatinya masih marah, namun hati seorang anak ‘sekeras kerak nasi’. Sara akui, sepanjang Mamanya di sini, bicara Mama sudah mampu mencairkan hatinya. Namun dek kerana ego, sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Bila Mamanya bercerita, Sara diam membisu. Hanya matanya yang dibiar berbicara tika ini.
Seminggu Mamanya di situ wujud rasa kasih yang semakin berputik. Namun, belum pun sempat menguntum Mamanya meminta Izin untuk pergi. Meninggalkannya untuk kedua kalinya.
"Sara, Maafkan Mama Sayang" Tangan Sara digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan.
"Bila keadaan mengizinkan, Mama akan datang jemput Sara. Tapi bukan sekarang. Mama tahu Sara mampu jaga diri. Akaun Sara, Mama dah masukkan duit." Datin Hana berlalu selepas menghulurkan sekeping buku akaun yang tertera nama Sara.
Sara sekadar menghantar Mamanya dengan ekor mata. Tiada air mata untuk Mama. Kasihnya yang berputik gugur bagai gugurnya daun-daun kering.
No comments:
Post a Comment