Tuesday, June 9, 2009

new school...(sambungn kisah dulu)

Tiada jalan yang mudah
Tuju cita-cita
Selama kaki melangkah
Dugaan menderap
Untuk miliki sesuatu yang berharga
Harus berani yakin dan tabah
Menghadapi segala
Andainya beburung terbang kerana sayapnya
Aku terbang menerjah awan
Demi hasrat membara
Gunung dan ganang
Lautan yang terbentang
Hanya sesayup mata memandang
Bukanlah halangan
Hanya yang kuinginkan
Rampaian doa
Agar tiap langkah
Diiringi restu semua
Lagu nih best! Febret aku..=p

Ehem ehem…
Ikuti sambungan kisah Ida n her memories…

2002…

Cuti ujung thn disambut dgn happy sekali, tahun dpn tahun bulan madu, yeay!! (melompat-lompat)..

Bapak nya sudah merancang…tahun dpn tukar skolah yer kamu, masuk skolah baru…sekolah abang-abang kamu…
hurm?

Pikir-pikir..apa nak letak ‘alasan’ utk tukar skolah? pasti kawan2 terkejut nnt, cikgu2 juga… Dan…SEBAB BERTUKAR SEKOLAH : mencari pengalaman baru di tempat baru.

Hantam sajalah, asalkan lepas…

2003…

Masih di sekolah yang sama…
Pertukaran skolah dirahsiakan drp pengetahuan kwn-kwn, sahabat juga langsung tak dibg notis. Wah! Teruk nak wat kejutan…

“Weh, sabtu turun, hias kelas! Okey?...” Arahan siapa ya?
“Baek bosh!”seperti biasa anak-anak buah yang mengikut kata, namun ada juga yg berani ingkar.
Dan Ida pasti akan turun! foto diambil sepuas-puasnya…”kenangan terakhir.” Sedih.

************

Surat penerimaan pertukaran sekolah sampai, lusa masuk sekolah baru…

“Eh twin, awat nak tukar sekolah?” Tegur pak cik kerani.
“Saja pak cik, nak tukar angin.” Sambil tersenyum.

Ida dan Azua digelar twin oleh pak cik kerani, pak guard dan cikgu bm mereka, mungkin disebabkan terlalu rapat. Tapi ada yang cakap, wajah mereka hampir sama tetapi Ida agak gelap berbanding Azua.
Ida, Azua dan Izzah digelar tiga serangkai oleh cikgu kh dan cikgu kaunseling. Sebabnya, mereka mcm belangkas.

Izzah sudah berpindah lebih setahun yang lalu, dan Ida pula akan menyusul…

Hari terakhir di sekolah…
“Ida! Awat hg tak habaq nak tukaq skolah?” Farah yang agak terkejut.
“Surat baru sampai...” Ida tersenyum bersalah.

Ida tahu, sudah pasti Azua yang sampaikan kabar itu buat teman-teman kelas.
Maaf sahabat, Maaf kawan2…Aku terpaksa pergi… Jaga diri baik2!!

Terima kasih cikgu-cikgu! TERIMA KASIH… MAAF utk segala keterlanjuran anak murid mu ini…HALALkan ILMU kalian…

*********

“Dup! dap!”Berdebar. Ida melangkah ke pajabat sekolah barunya. Tujuan: mendaftar dan masuk kelas baru.
Kebetulan, ada dua orang pelajar baru yang turut mendaftar. Umi dan Adah. Mereka bertiga ditempatkan di kelas yang sama.

Ida, Umi dan Adah diperkenalkan dengan teman-teman baru.

“Cousin Gee kan?” Seorang pompuan cantek menegur.
“A’ah, satu asrama ngan dia ea?” Ida menyoal.

Gee : Sepupu sebaya Ida yang tinggal di asrama sekolah yang sama, tetapi Ida pula sanggup berulang-alik rumah-sekolah, tak nak terikat dgn jadual katanya.

Caen: Abg Ida yang tuanya cuma setahun. Sekolah yang sama dan turut berulang-alik dengan motor. Dan… inilah tuan punya buku amali sains yang Ida copy waktu dulu-dulu tu...

Bella, Mukh, Irah : kawan sekolah rendah Ida yang turut bersekolah di situ.

**********

9 Mei 2003 : Pendaftaran lesen moto, belajar moto! Tekun demi sekeping kad yang menghalalkan Ida oleh JPJ utk bawak moto di jalanan. Pasni leh bawak moto sendiri ke sekolah…Dan… lebih kurang 3bln kemudian…
Dengan bangganya…Moto skuter yamaha kaler hijau pucuk pisang dilekatkan pas lulus masuk kwsn skolah… Ida tersenyum riang.

**********
Gigih belajar, walau tahun itu tahun bulan madu…
Peperiksaan akhir akan menjelang…

Dan...semuanya dijawab sehinggalah tiba hari terakhir exam…

Di rumah, Ida sibuk menghafal itu dan ini. Masa sudah tiba…bersiap untuk ke sekolah.
Skuter dicapainya.

“Lambatnya van ni.” Ida cuba memotong.

“Dam!!!” Skuter yang dipandu menghentam sisi van.

Ketika itu, Ida hanya nampak jalan raya menyeret mukanya yang tersembam ke tar jalan. Seperti terbang di atas jalan gayanya. Mujur topi keledar yang dipakai dilengkapi dengan cermin muka. Dan…tika itu bahagian hidung ke atas terselamat dari dimamah. Hanya bahagian dagu yang disagat. Bahagian lutut turut menjadi mangsa. Bahagian tengkuk ke pinggang jg terselamat disebabkan sweater yang agak tebal dipakai tika itu. Namun, kain sekolah yang dipakainya terkoyak di bahagian lutut.

Dan...mujur juga waktu itu tiada moto kereta yang lalu lalang walaupun tempat kejadian di depan pintu pagar sekolah. Sekolah lama yang ditinggalkan baru beberapa bulan.

Syukur TUHAN…

“Adik…adik ok tak?” Pemandu van tersebut yang juga terkejut cuba memimpin Ida yang terbaring di atas jalan.

Ida tergamam! Terkejut! Ida bangun mencapai motornya.

“Ok..ok kot…” Digagah juga mengangkat motonya yang turut terbaring di atas jalan.
“Eh…adik ambek no van pak cik, nanti kalau ada apa-apa cari pak cik.” Pak cik van yang juga panik cuba berbahasa, namun tak pula no telefonnya di offer. Hairan.

“Ok…ok…” Ida yang terkejut tidak dapat berfikir. Dia hanya ingin pulang ke rumah saat itu. Mujur…dan mujur lagi…moto masih berfungsi…walau bengkok dan calar sana sini.

Sesampai di rumah, Ayah Ida terkejut melihat anak perempuan tunggalnya.

“Tolong hantar skolah... sat tukar kain, excident tadi…” Ida meluru masuk ke dalam rumah. Di ironnya kain sekolah yang lain. Tergesa-gesa mencuci luka di dagu dan lutut.
Kebetulan, mak Ida bekerja shift pagi dan hanya ayahnya di rumah waktu itu.

“Tak yah p skolah lah.” Ayahnya bersuara.
“Tak boleh, hari ni last paper…rugi tak jawab.” Ida membalas, mungkin otaknya masih tidak dapat berfikir tika itu, dan hanya satu yang menari-nari di kepala. “Dah penat hafal, alang-alang…”

Ida ke sekolah…sampai lewat, pak guard tahan.

“Asal lewat?” Pak cik yang garang bersuara.
“Excident pak cik.” Ida menunjukkan dagunya yang ada kesan darah. Mujurlah dia masih waras dan tidak diselaknya kain untuk menunjukkan bukti yang kedua.

“Ar…” Pak guard yang ingin meneruskan kata-katanya tetapi dipotong oleh Ida. Pantas.
“Saya dah lewat pak cik, ada exam ni…” Dan Ida pun berlalu pergi tanpa langsung ada rasa bersalah.

Masuk kelas, terus menerpa cikgu di depan. Kertas soalan diambil dan terus duduk.
“Ya Allah, awat tangan aku terketar-ketar lak ni…tenang…tenang… Bismillah…” Ida cuba menenangkan diri sendiri tanpa menghiraukan mata-mata yang menumpu ke arah nya.

Luka Cuma di dagu…dan teman-teman pasti tidak perasan, hanya seorang dua yang menegur. Hari itu dilalui seperti biasa.

Petang, di rumah…
“Kita p check hospital.” Mak menegaskan.
Kata mak: orang excident, kalau ada kecederaan di dalam dan dalam masa sehari dua takkan rasa apa-apa sebab masih kebas lagi. Dan… ada la fakta-fakta tambahan yang dibebelkan oleh seorang jururawat terhadap pesakitnya.
Kata mak lagi: Suntikan jugak kena ambek, sebabnya jalan raya tu kotor.

Syukur sekali lagi dipanjatkan pada TUHAN… Ida sihat…

Dan…disebabkan kegigihan nak jawab jugak last ppr tu… sesunguhnya ALLAH Maha Adil…
Tahun berikutnya… Ida bertukar kelas… Kelas yang dikongsi bersama sepupunya Gee, Kelas yang dihuni oleh pelajar yang berlainan bangsa dan agama, pelajar yang berlainan taraf keluarga, pelajar yang sentiasa tak kenal putus-asa, pelajar yang sentiasa bersaing. Pelajar yang hebat! Gerun pula didengar…Jauh beza jika nak dibandingkan dengan dirinya…
Dua orang pelajar yang turut juga dipilih dari kelas Ida, Shawn dan Syah…

ALHAMDULILLAH… kerana diberi peluang ini...

**********

Sejak kejadian itu, Ida jadi fobia untuk bawak motor…
gerun jika tengok orang nek moto pakai helmet tanpa cermin muka.
Dan bertambah-tambah gerun jika ada yang bawak moto tak pakai helmet.
Akan dikutuknya sepuas-puas, tetapi…dalam hati jer…

**********

Seperti biasa, ayah Ida akan menghantarnya ke sekolah pada awal pagi, plaster luka yang masih bertampal di dagu menyapu kekuatan dirinya untuk menunggang atau membonceng motor.

Pagi tersebut agak lewat…

Terkocoh-kocoh Ida berjalan menuju ke kelas yang terletak agak jauh, Melalui asrama perempuan kemudian asrama lelaki, kanten dan bangunan kelas.

Dari jauh, Ida terlihat sekumpulan pelajar asrama lelaki yang berdiri bertentangan dengan asrama mereka yang sedang kusyuk menadah tangan mengaminkan doa. Dan temasuklah beberapa pengawas lelaki.

“Alamak, lewat giler aku nih…”Ida mengomel sendiri.

* Kelas akan didahului dengan nyanyian negaraku, lagu sekolah dan bacaan doa.

Beberapa minit lagi kelas pasti bermula. Ida mempercepatkan langkah sambil turut menadah tangan. Kemudian, mereka mengaminkan doa menyapu telapak tangan ke muka. Dan Ida turut mengaminkan doa menyapu telapak tangan ke muka. Baginya, mungkin speaker pagi itu slow dan sound tidak sampai ke tempat sejauh Ida berdiri.

Dia tidak mengendahkan pelajar-pelajar lelaki yang baru dilintasinya. Dari ekor mata, dapat dilihatnya ada yang senyum-senyum, ada yang tesengih-sengih…

Sesampainya di kelas. Hairan melihat teman-teman yang masih berdiri diluar.

* Pelajar-pelajar diwajibkan beratur di depan kelas untuk nyanyian negaraku, lagu sekolah dan bacaan doa.

“Lambat nya hg?” Ika menegur.
“Hehe...” Ida senyum. Lega, kelas masih belum bermula.
“Eh..Oh!..Awat tak masuk lagi?” Ida menyoal.
“Tak nyanyi pun lagi ni ha…” Selamba dijawab Ika.

“Hah!?” Ida terasa mukanya merah, malu plus marah!!

Mentang-mentang aku budak baru ya…kena buli siap!!

**********
Di suatu pagi yang tenang.

“Kelas ni ada tak yang nak masuk catur? Ada pemilihan untuk wakil sekolah.” Seorang cikgu menyoal di muka pintu.

“Tak ada ea? Ok lah gitu…” Cikgu tersebut berlalu.

Lebih kurang sepuluh minit. Tiba-tiba hati Ida terdetik. “Aku nak masuk!”
“Ika, patut ke aku masuk?” Ida bertanya pada teman di sebelah.
“P la daftar, cikgu tu tak jauh lagi tu.”
“Okeh, aku nak!” Yakin dengan keputusan, Ida keluar dari kelas yang kebetulan tiada cikgu.

“Cikgu! Cikgu!” Ida memanggil.
“Kamu nak mendaftar?”
“Ada kosong lagi tak? Saya nak lah cikgu.”

Dan…berbekalkan ilmu bermain catur yang dipelajarinya sewaktu form3 selepas PMR dari teman-teman kelas. Dan berbekalkan juga bakat yang tiba-tiba datang. Ida mendaftarkan diri untuk bertanding.

Fobia bwk moto dahpun hilang tika itu, hampir setiap petang Ida turun ke asrama perempuan untuk berlatih catur.

Usaha itu tangga kejayaan, dan…ALHAMDULILLAH…

*********
TO BE CONTINUED…=)

No comments: