Sunday, June 7, 2009

Kisah dulu...

hehe...ini bukan novel yaa... juz memoir yg dikenang kembali..
novel tunggu nex2 post, okies..zasss~)

1998…

“Ida ada org usha hg! Hehe..” Tersenyum Yani menampakkan lesung pipitnya. Manis.
“Ish! Siapa pulak men usha usha aku tu?” Soal Ida sambil dahi dikerutkan. Pelik pula bila ada org yang menaruh minat padanya.
“Tu, dia usha hg pakai cermin belakang sharpener bulat dia…” Yani menjuihkan muncung ke arah budak lelaki di depan Ida.

Sharpener bulat yang belakang tu ada cermin dulu memang femes untuk budak-budak sekolah..Tambah-tambah budak pompuan, wat jd cermin belek-belek muka.
Huh!…darjah 5 dah pandai nak melawa. Budak laki lak, wat cermin pantulblk nak mengusha sang puteri pujaan hati..

Kenangan darjah 5 sekolah kebangsaan anak-anak angkatan tentera terimbau.

“Awat hg tak mau couple ngan dia?” Soal Azua ketika waktu rehat di depan perpustakaan di bawah pohon yg rendang nama apa ntah.
“Tak mau lah aku” Ringkas dijawab.

Dan saat tu, sampai la lebih kurang form 2 Ida sakitkan hati Adam… Ketika form 3 cinta untuk Ida yang dipendam Adam dari darjah 5 tinggal 20%. Tu pun Ida diberitahu Azua sahabat baik Ida yang agak rapat dengan Adam.

Buat kawan aku yang seorang tu, Maaf…betul aku mintak maaf… dan kalau pun aku terpaksa terima balik untuk diguris macam aku dah toreh hati kau satu waktu dulu, itu mmg patut…5thn memendam rasa…oh! Hati kau mmg kuat kawan… Sedang aku 5jam pun tak mampu. Sungguh aku memang kejam! Maaf lagi aku pohon… Semoga kau temui sang puteri yang paling layak… Terima kasih untuk rasa yang pernah kau simpan untuk aku, aku hargai…dan akanku kenang selamanya. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh untuk kita. Semoga dikau bahagia…

1999…

“Kotak ni kita simpan hajat or any secret yang korang nak simpan.” Jelas Azua bersungguh.
Selesai ketiga-tiga sahabat mencatit sesuatu di kertas. Mereka letakkan ke dalam kotak plastik keras dan kemudian di tanam di bawah pokok bunga kertas di tepi gelanggang bola jaring sekolah kebangsaan anak-anak angkatan tentera.
Janji mereka tiga tahun akan datang, mereka akan kembali untuk melihat hajat or rahsia masing-masing.

3 tahun berlalu…
“Weh, kita singgah kat sekolah nak? Ingat lagi tak kotak yang kita tanam kat situ?” Jari Ida menuding ke arah pokok bunga kertas berdekatan dengan pagar jalan belakang sekolah.
“A’ah kan..Aku pun dah tak ingat…” Jawab Azua.
Mereka hanya berdua tika itu. Sahabat yang seorang lagi, Izzah sudah hampir setahun berpindah ke Sabah mengikut ayahnya yang bertugas sebagai bomba TUDM.
“Tak jumpa pun? Ada orang dah buang kot…” Ida bersuara.
“Yela…dah tak ada ha..Ish! aku pun dah tak ingat apa yang aku tulis…”Azua mengeluh.
“Ha..aku pun dah tak ingat da..Haha..” Ida ketawa.
Dalam rasa kecewa mereka berjalan pulang.

Hehe…ingat lagi tak??
Cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar dah hapir 12tahun kita cipta kisah-kisah bersama…banyak dah kita kongsi…surat cinta waktu dulu-dulu pun masih aku simpan dalam kotak yang aku letak bawah katil kat kg. kenangan kita, biarlah kita bertiga yang simpan! Salam sayang ku kirim dari jauh…

2000…

“Jom! Lawat cikgu Idham kat hospital…” Tiba-tiba Izzah bersuara.
“hah? awat cikgu Am masuk hospital?” Soal Azua cemas.
“Dia excident, jatuh moto. Tapi tak lah teruk, Cuma kena tahan 2 3 hari kat ward.”
“Oh! Bole la kita p petang ni,nak? Tapi aku kena mintak izin mak aku dulu…” Ida mencelah.

Selesai melawat cikgu, mereka bertiga pun berlalu untuk pulang.
“Weh, p alor star jom? Azua tiba-tiba memecah sunyi.
“Tak bole la weh…Abah aku suh balik awal” Izzah membalas.
“A’ah aku pun…dah lewat ni, takut sampai malam pulak kang.” Ida menambah.

Disebabkan tidak mahu menghampakan sahabat yang seorang tu, Izzah dan Ida pun dalam berat hati bersetuju. Lagipun, nak turun bandar memang susah. Satunya, alasan untuk meyakinkan orang tua masing-masing yang mereka punya sebab yang kukuh untuk dapatkan belanja. Keduanya, naik bas yang sememangnya memakan masa.
Dan akhirnya….. masing-masing kena marah, sebab balik cecah pukul lapan malam! =p

**********
“Ida, kawan hg gaduh kt depan class tu…”

Terkocoh-kocoh mendapatkan sahabatnya. Pergaduhan cuba dileraikan.

Mat belalu pergi. “Zasss!” Dengan muka selamba dan bengis.

Tudung yang Ida pakai ditarik Mat dari belakang sehingga jatuh ke tengkuk menampakkan anak tudung putihnya.

“Kurang asam betul!” Ida membalas.

Dia yang cuba berbahasa ingin mengajar dibalas pula dengan kurang ajar mamat yang langsung tak reti bahasa.

dan…sejak dari itu, tiap kali bertembung dengan mamat tu, hati Ida membara ingin membalas dendam…

Ah! Biarlah…
Semoga dosanya terampun…

**********
“Izzah demam, dia tak masuk kelas.” Ira membawa kabar.

Akhir waktu kelas, sahabat berdua Ida dan Azua bergegas ke asrama perempuan yang terletak tidak jauh di belakang kelas.
“Assalammualaikum” Serentak mereka memberi salam sesampainya mereka di depan pintu bilik sakit asrama.
Tak ada jawapan. Lalu diulangnya salam. Tidak dijawab jugak. Mereka pun menghayun kaki masuk ke dalam bilik sakit tanpa dijemput.
“Izzah tgh tdo la…tengok badan pun panas ni haa..”Sambil tangan Ida sibuk merasa badan sahabat yang terbaring lesu bertentangan dengannya kini.
“Izzah bgn Za…Hg dah p klinik ke? Makan tak lagi?”Azua cemas.
“Weh..bila sampai? Aku ok la…” Izzah yang tersedar dari tidurnya menjawab. Lemah.
Buat sahabat aku, Tabahkanlah hati mengharungi hidup ini…Ujian demi ujian dikau tempuh dan aku yang saksikan gelora yang kadang membenam rasa tabah yang kau sendiri bina. Empangan air mata yang selalu tumpah ke bahu aku dulu masih lagi terasa basah. Keluarga yang pecah belah dah hidup yang terpaksa berpindah randah ditambah pula dengan tekanan-tekanan sekeliling yang terpaksa kau hadap menjadikan kau matang. Matang melebihi usia. Aku bangga punyai sahabat sekuat kamu!

2001…

“Mana kapur? Apa nih pemalas!” Tengking cikgu Nah.
Dalam hati dah mengutuk-ngutuk diri. “Ish! Mcm mana la aku leh tak ingat nak ambik kapur tadi.”

Kapur masih digunakan untuk dijadikan pena melakar ilmu di papan hijau.

Dan disebabkan sebatang kapur dan seketul pemadam papan hijau yang hilang ke mana ntah. Telinga menjadi habuan amarah-amarah cikgu yang tak pernah kering. Kata orang, cikgu yang seorang tu memang selalu bawa masalah peribadi ke kelas dengan jayanya. Malah ada juga yang kata, cikgu yang seorang itu sudah sampai masanya monopause dan itulah kesan-kesan sampingannya. Kata aku pula…Tak habis-habis aku pula yang jadi mangsa, tak aci betul!! Selalu kena perli, selalu kena marah…tapi aku jugak yg selalu kena puji! Hah! apa maknanya itu?
Tugas yang aku pegang penolong ketua kelas, tp tugas mengalahkan ketua kelas…
hish! Tak baek mengeluh pd tugas…itu salah sendiri!

Habis kelas, aku dah tak tahan!…belakang sahabat aku Azua jugak yang jd mangsa air mata yang kalut nak merembes keluar…sedih yang terkumpul…dari dulu untuk segala santapan-santapan hati setiap kali kelas bio. Emo pulak haritu…awat taktau..

“Sapa yang dapat markah paling tinggi tu?” Soal cikgu Nah di suatu kelas bio pada waktu lain.
“Ida cikgu!” Jawab seseorang yang sedang memegang kertas yang tertera nama itu.
“Wah! bagus 92%.” Cikgu Nah tersenyum kagum.

Dan…tuan empunya diri, tersenyum lebar sampai ketelinga..berbunga-bunga hati bukan sebab markah! Tapi tu la…marah aku lagi…

Soalan-soalan dalam makmal aku jugak yg jawab…Tersenyum sinis.
Bukan sinis dituju untuk cikgu Nah, tetapi sinis untuk diri sendiri… “Cit! Jawapan buku amali pun copy bagai…nak belagak pulak” Ha! Ha! Bukan nak meniru tp terdesak…tp, itu ilmu yg dicari jugak kan… Mujur usia abg yang jarak hanya setahun, dan kami punya buku amali sains yang sama walau berlainan sekolah …
Sungguh! Kalau tak kerana nama aku yang selalu dipanggil jawab untuk soalan-soalan amali dalam makmal, tak ingin aku bersusah payah mengopy di waktu tengahari b4 kayuh gerek p skola yang jarak 3km dari rumah.

***********
“Rajin sangat menyapu kat kelas org, kelas sindri bersepah-sepah!” Seperti selalu, seorang pelajar yang pasti akan kena perli.
“Cit! sapa punya tugas sapu sampah hari ni? Kurang asam betul! Aku jugak tak pasal-pasal…” Menyumpah-nyumpah dalam hati.
Terdiam, berlalu ke tempat di belakang sekali. Memang dari form1 dulu tempat duduk paling belakang dan tengah-tengah menjadi pilihan hati. Org nak berjaya berebut nak dapat tempat paling depan, tapi lain pulak ngan pompuan sorang nih…
“Hurm…klo tak kena blakon untuk kelas bm, tak ingin aku nak sapu kelas yang seinci habuk tu!” Membalas,tapi tetap di dalam hati. Cikgu tetap dihormati.

Kelas matematik dimulakan seperti biasa.

Dan…22 May 2002...pompuan yang tempatnya dibelakang sekali itu menerima anugerah pelajar terbaik matematik keseluruhan tingkatan 2! Tahniah2! Aku bangga dengan kamu…

**************
“Woit! Ida…mak angkat hg panggil” Azmi menyampaikan berita.
“ar? Bila pulak aku ada mak angkat ni?” Menyoal hairan.
“Tu ha…teacher Fadh cari.”Menjuihkan bibir kearah wanita yang bergaya. Bergincu merah.
Disebabkan kerajinan aku membantu teacher menyudahkan mini video clipnya dan disebabkan aku rajin turun kelas tambahan BI, aku dicop anak angkat teacher…ha!ha! sekali lg ketawa terbahak-bahak..
Ok..ok..mudah-mudahan aku dapat A untuk BI! Ameen…

Buat cikgu-cikgu yang gigih melayan anak murid mu ini. Terima kasih! Membimbing aku sampai ke tahap ini…Jasamu akanku kenang sampai mati!…

*************
“Debuk!!” Tiba-tiba terdengar org bertumbuk kat belakang kelas.

Ida dan Nadia yang sedang berbual-bual di pintu depan kelas sambil menanti cikgu bm masuk mengajar memaling ke belakang. Memastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Adam dan Hisyam bertumbuk. Dan mereka dileraikan…kemudian dibawa ke Cikgu disiplin…

Nadia terkocoh-kocoh datang sambil teresak-esak. ”Ida cepat Da…Cikgu Non panggil.
“Awat pulak?“ Ida menyoal. Kehairanan.
“Gaduh tadi tu sbb kita Da…”Penjelasan yg ringkas membuatkan Ida tertanya-tanya.

Cikgu Non, cikgu disiplin yang tegas dan garang.

“Kamu nak jadi ratu cantik sekolah apa!?”Tegas menghamburkan amarah.
“Kalau cantek macam ratu, takpe la jugak!” Marah yang semakin menjadi-jadi.

“Err..cikgu…”Nadia ingin menjelas dalam esak tangis yang bersisa.
“Hish! Sapa ratu? Apa neh? Bila pulak aku duk wat walkshow kat depan kelas tu…?” Ida bercakap sendiri. Dikerlingnya Adam dan Hisyam mintakan penjelasan.

Dan… sampai sekarang aku masih tak paham kisah ini…??? What?Why? please…
sp yang boleh tlg jelaskan…

**********
“Zorro?” Ida menyoal sendiri.
“Secret Admire la…” Jawab Azua.
Bunga dan kek yang sampai di kelas untuk hari frenship day itu menimbulkan tanda tanya…

dan tanda tanya itu terjawab pada petang itu jgk… oo…dia ke Zorro.

Buat Zorro, walau kamu punya masalah famly. Itu Ujian dan dugaan TUHAN. DIA takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan. Hanya DIA yang Maha Mengetahui setakat mana kemampuan kita. Tabahlah! Jgn dipesongkan amalan dan kepercayaan. Redha pada qada’ dan qadarNya.

************
“Ida, An ajak dating…kat kelas hujung tu” Azua menyampaikan.
“Ish, mimpi apa pulak la si An ni ajak aku dating, tak penah-penah pun…” Heran.
Langkah yang berat dihayun ke kelas hujung sekali. Terpandang pada pasangan-pasangan yang berdating di dalam kelas itu jugak.

“Saja An ajak, kita tak pernah dating kan…”Selamba dijawab.
“Takpe lah kat sini je…” Sambil kaki dilekatkan di luar kaki lima kelas.
“Ada apa cari?”Soal Ida malas. Sebenarnya takut jugak tak pasal-pasal kena tangkap kawen lak kang.
“Dating? Bole…” Ayat cuba disusun.
“Hurm…tak mau lah, tak berani…” Dan Ida pun berlalu meninggalkan temannya yang tersenyum kelat.

Dan hari terus berlalu, cinta monyet yang berakhir dengan perpisahan… Ida bertukar sekolah, dan perhubungan terputus disitu.

Sungguh! Aku tak pernah bercinta…itu yang selalu aku sampaikan pada teman2… Sebenarnya aku sendiri selalu keliru. Cintakah itu? Tanya pada hati…aku sukakan dia?
Atau kawan-kawan bercouple dan aku turut nak couple? Maaf… aku ragu-ragu untuk hubungan itu tapi yang pasti, kamu tetap kawan aku dan senior yang aku kagum… tournament yang kamu sertai,aku jd peminat yang tak pernah putus pandang pada aksi itu. Hebat. Semua juga kagum. Maaf…aku bukan jodoh kamu…
**********
Izzah berpindah ke Sabah… Air mata mengiringi sahabat itu.
Pergilah…Aku relakan…Jaga dirimu…Tabah kan hati! Jgn terputus hubungan kita,janji!!

2002…

“ns3b102m? maksudnya?” Ada yang ingin tahu ya…
nurulsyahida,3bistari1,2002,memory, yup! Itulah dia… dah kalut kena letak email kat senarai nama student amek PMR, so jd lah ringkasan tu…

Tahun ni seat PMR tapi sibuk join itu dan ini…
Tugas ketua kelas yang digalas disebabkan oleh komitmen yg hebat ditunjukkan pada tahun lepas sebagai penolong ketua kelas, lansung jawatan diangkat. Ceh! Perasan!
Hakikat perlu diterima, teman-teman lain yang menuding jari…sebab? Teacher Fadh jadi guru kelas! Dan Cikgu Nah cikgu bio..Wah! Telinga aku lagi, perlu dihidang buat santapan-santapan enak…mangsanya,aku…

********
“Petang ni mai skolah taw! Kita ada training nyanyian” Adam memberi arahan.
“Weh aku sakit tekak r…nak tarik diri” Seorang kawan menagih simpati.
“Aku pun, ada hal tak bole join.”
dan..selepas seorang,seorang pulak yang tarik diri.
“Dah macam tu…kita bubar lah.” Ida yang hampa dengan alasan yang diberi teman-teman. Daripada 10 ahli tinggal 5 ahli yang boleh turun padang.
“Ah! Aku tak kire..dah alang-alang, banyak dah pun kita practice” Adam memberi arahan. Lagak macam ketua pun ada.
“Iya lah…petang nanti kita turun, practice lagi…” Hampa. Ida memberi kata putus.

“Mana nak hafal pasal Negara lagi, tu lah tamak sangat. Semua nak sapu! Dah la dekat trial PMR pun.” Ngomel Ida, mengutuk diri sendiri.

Selain nyanyian kebangsaan, kuiz kebangsaan turut disapunya. Itu pun cikgu sejarah yang memberi kepercayaan untuk dia wakili tingkatan. Kalau tidak, mati hidup kembali pun dia takkan sertai.

Sambutan kemerdekaan pun berlangsung di dewan terbuka sekolah yang baru siap dibina.

dan nyanyian kebangsaan Ida dan konco-konconya di pentas…
“Gile tak sedap!” Ngomel sendiri dalam hatinya.

“Negaraaaaaa….ku… Tanah tumpahnyaaaaa darahku…..” Senada nyanyian yang didendangkan bersama gerakan-gerakan yang seiring .

Akhirnya, berkat usaha yang tak putus-putus. Nyanyian yang tak sedap tu mendapat tempat ketiga! Tahniah! dan…kuiz kenegaraan yang turut disertainya diumumkan johan! Wah!! Tahniah2! Tak sia-sia air liur cikgu sejarah yang tersembur-sembur keluar dalam kelas sejarah…mungkin juga itu jampi serapah untuk anak muridnya berjaya dalam PMR kelak. insyaAllah…

**************
PMR berlalu…

Hari keputusan diumumkan…

Students yang segak berbaju formal melangkah penuh harapan. Membawa angan-angan setinggi gunung. Semoga impian tercapai.

Pagi-pagi lagi Ida dan sahabat-sahabatnya dah sampai di kelas. Menunggu dengan sabar. Yakin, kejayaan memihak pada diri.

“Mak cik dengar-dengar tadi, ada cikgu cakap 3 orang yang dapat straight A’s.” Mak cik yang datang dari mana tidak diketahui. Mungkin juga antara waris pelajar yang mengambil result anaknya.

“Kalau tak salah, sorang perempuan dan dua lelaki.”Terang mak cik itu lagi.

“Sapa mak cik?” Azmi yang seakan tidak sabar, bersuara.

“Ida apa ya nama nya... lelaki tak pasti pulak mak cik.” Mak cik menjelaskan.

Alhamdulillah… syukur terima kasih TUHAN.

Adam dan Man juga berjaya…

Tahniah kawan!… usaha kita wat study group berhasil. Dan yang lain-lain jugak berjaya…

TO BE CONTINUED….

No comments: